COVID-19: Sarawak rekod 14 kes baharu
KUCHING: Sebanyak 14 kes baharu COVID-19 direkodkan di Sarawak hari ini dengan tujuh daripadanya direkodkan di Sibu.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi kenyataan hari ini berkata, sementara masing-masing dua kes dikesan di Bintulu dan Selangau. Manakala masing-masing satu kes direkodkan di Kuching, Kapit dan Limbang.
Jawatankuasa berkata, dengan penambahan 14 kes baharu itu, ia menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Sarawak meningkat kepada 252,674 kes.
Daripada 14 kes baharu hari ini, 13 kes adalah kategori satu dan dua, manakala satu kes adalah kategori tiga, empat dan lima.
JPBNS berkata, bagi kategori satu (tiada gejala) sebanyak lima kes direkodkan manakala kategori 2 (gejala ringan) sebanyak 8 kes dan hanya satu kes bagi kategori 4 (jangkitan paru-paru dan memerlukan oksigen).
Jawatankuasa turut memaklumkan tiada kematian dan kluster baharu direkodkan.
utusanborneo.com.my/2022/01/21 |