CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 753|Reply: 1

Kanye West tumbuk peminat minta autograf

[Copy link]
Post time 15-1-2022 07:20 AM | Show all posts |Read mode

KEJADIAN dikatakan berlaku selepas Kanye West menghadiri malam temu janjinya dengan Julia Fox, 31. - splash/Getty

Kanye West tumbuk peminat minta autograf

LOS ANGELES, CALIFORNIA – Penyanyi rap Amerika Syarikat (AS), Kanye West disiasat oleh pihak polis setelah didakwa menumbuk seorang peminat yang ingin meminta autografnya, lapor akhbar The Sun semalam.

Penguatkuasa undang-undang memberitahu laman berita TMZ mengenai kejadian yang berlaku pada pukul 7 malam (waktu tempatan) melibatkan penyanyi berusia 44 itu.  

Insiden dikatakan berlaku di Gudang Soho di kawasan pusat perniagaan Los Angeles.

Menurut sumber, seorang peminat dikatakan pergi ke kereta milik Kanye West untuk meminta autografnya.

Mereka dikatakan berbual seketika sebelum Kanye bertindak keluar dari keretanya lalu menumbuk peminat tersebut yang rebah ke tanah.

Kes sedang disiasat atas salah laku kecil yang membawa kepada hukuman penjara sehingga enam bulan.

Kejadian itu sempat dirakam oleh peminat tersebut menggunakan telefonnya.

“Kanye West didakwa atas salah laku kecil, tiada tangkapan dibuat dan tiada butiran lanjut,” jelas seorang jurucakap Pejabat Polis Los Angeles (LAPD) kepada The Sun.  – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/01 ... nat-minta-autograf/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2022 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tahun 2022 ni masih ada lagi ke nak kene mintak otograp artis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 06:16 AM GMT+8 , Processed in 0.123521 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list