JATUH: Mangsa mengalami kecederaan di bahagian kaki dan leher selepas terjatuh ke kawasan curam sedalam 30 kaki.
KOTA BELUD: Seorang lelaki warga emas mengalami kecederaan selepas terjatuh dari kawasan bukit di Kampung Pomotodon di sini kelmarin.
Ketua balai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud Muhammad Syazwan Latun berkata kejadian jam 10.12 malam itu membabitkan mangsa berumur 63 tahun.
“Kejadian awal berlaku apabila mangsa tergelincir dari tepi bukit berhampiran rumahnya sebelum terjatuh ke kawasan curam sedalam 30 kaki.
“Mangsa yang diselamatkan oleh pasukan bomba itu didapati mengalami kecederaan di bahagian kaki dan leher sebelum diberikan rawatan awal di lokasi kejadian.
“Mangsa seterusnya dibawa ke Hospital Kota Belud menggunakan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) untuk mendapatkan rawatan selanjutnya,” katanya sambil menambah operasi tamat pada jam 12.20 pagi.
utusanborneo.com.my/2022/01/14
|