![](https://scontent.fkul4-2.fna.fbcdn.net/v/t39.30808-6/271594612_233251918980417_7934767175838626346_n.jpg?_nc_cat=1&ccb=1-5&_nc_sid=730e14&_nc_ohc=kay0530arlAAX84Zhys&_nc_ht=scontent.fkul4-2.fna&oh=00_AT9MFk6adyCS1xM5gqKukLJcu964ry2mKZUpXd0-1mi0Bw&oe=61E362C4)
![](https://scontent.fkul4-2.fna.fbcdn.net/v/t39.30808-6/271050610_233251928980416_2674993634124540067_n.jpg?_nc_cat=1&ccb=1-5&_nc_sid=730e14&_nc_ohc=F-ze7jW6jkYAX8nEAhf&_nc_ht=scontent.fkul4-2.fna&oh=00_AT-Jsy0dyUyris0c5peFDJSTFh5jm-tNUm9Wf-5JBGw6KA&oe=61E3A78D)
23 kes baharu COVID-19 dilaporkan di Sarawak hari ini
23 kes baharu COVID-19 dilaporkan di Sarawak hari ini, lapan daripadanya merupakan kategori satu (tiada gejala) dan 15 lagi kategori dua (gejala ringan).
JPBNS menambah, dengan penambahan 23 kes baharu itu, Sarawak merekodkan jumlah kumulatif kes COVID-19 setakat ini, 252,550.
"Samarahan merekodkan enam kes, Betong juga enam, Kuching dan Limbang masing-masing empat kes, manakala Sibu, Miri dan Mukah masing-masing satu kes.
"Manakala 33 lagi daerah di Sarawak tidak merekodkan kes baharu COVID-19 hari ini," jelasnya.
JPBNS hari ini juga melaporkan tiada kematian baharu akibat COVID-19 dilaporkan di Sarawak.
utusanborneo.com.my/2022/01/12 |