CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 354|Reply: 0

[Sarawak] Pulih projek sakit, maklum balas segera pasca banjir isu utama perlu ditangani JKR

[Copy link]
Post time 12-1-2022 08:21 AM | Show all posts |Read mode


Uggah (kanan) membincangkan sesuatu dengan Zuraimi (kiri) selepas taklimat peranan JKR Negeri di pejabat MIPD hari ini. Turut kelihatan Zafri.

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata dua isu utama akan dibawa ke mesyuarat seterusnya dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri.

Beliau berkata dua isu itu ialah pelan pemulihan 'projek-projek sakit' dan maklum balas segera pasca banjir jabatan berkenaan.

Perkara itu dinyatakan selepas menghadiri taklimat pertama mengenai peranan, tanggungjawab dan program JKR negeri di pejabat Kementeritan Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (MIPD) di sini pada Isnin.

Taklimat disampaikan Pengarah JKR negeri Datu Ir. Zuraimi Sabki dan pegawai-pegawai kanan jabatan berkenaan.

"Saya mencadangkan dalam mesyuarat kami yang seterusnya dalam waktu terdekat ini, kami akan membincangkan mengenai projek-projek infrastruktur 'sakit'. Lebih cepat kita dapat memulihkannya, lebih baik untuk negeri dan pihak terlibat.

"Program maklum balas pasca banjir jabatan satu lagi perkara yang harus diberi tumpuan kerana ia agak membimbangkan. Sarawak sekarang berdepan musim tengkujuh.
"Pasti akan ada isu hakisan, jambatan roboh, jalan rosak dan sebagainya," ujarnya.

Uggah menegaskan JKR perlu bertindak pantas terutama dalam menentukan kos bagi membaik pulih dan dikemukakan kepada kerajaan untuk diluluskan.

"Ini adalah soal menentukan mekanisme dan pembiayaan. Kita pernah berdepan situasi banjir di Baram tahun lepas, banyak yang perlu dilakukan.

"Jambatan menyeberangi Sungai Tutoh yang dihayutkan arus deras masih belum diganti, mungkin disebabkan isu dana...Kita juga telah menyaksikan situasi banjir di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia baru-baru ini tetapi saya percaya Sarawak lebih bersedia," katanya.

Dalam perkembangan lain, Uggah berkata amat penting kerajaan mempercepat dan meningkatkan komitmen menyiapkan projek-projeknya menerusi JKR.

"Pada pilihan raya negeri baru-baru ini, kita telah melihat betapa rakyat memilih kerajaan GPS (Gabungan Parti Sarawak).

"Menyiapkan projek-projek infrastruktur mengikut jadual terutamanya di kawasan luar bandar telah ditekankan dalam manifesto pilihan raya kita jadi harapan rakyat itu sangat tinggi begitu juga tanggungjawab dan cabaran yang kita hadapi lebih-lebih lagi di kawasan muka buminya tidak rata.

"Namun, saya yakin kita boleh menyiapkannya dengan sokongan, komitmen dan kerja sama semua. Kita mempunyai kepakaran dalam jabatan dan agensi-agensinya," tambahnya.

Uggah menegaskan 'penyampaian' penting kerana kerajaan perlu menunjukkan beberapa pencapaian dalam tempoh 100 hari pertama ia mentadbir.

Hadir sama Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Aidel Lariwoo dan Setiausaha tetap MIPD Datu Zafri Zainudin.


utusanborneo.com.my/2022/01/11
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 04:06 PM GMT+8 , Processed in 0.050867 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list