CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 353|Reply: 0

[Sarawak] Sekolah menengah kembali ‘bernyawa’

[Copy link]
Post time 11-1-2022 11:43 PM | Show all posts |Read mode


FOKUS… Para pelajar asrama SMK Simanggang mengisi borang isytihar kesihatan sambil dibantu oleh ahli keluarga mereka di Sri Aman baru-baru ini.

SIMANGGANG: Sekolah-sekolah menengah sekitar Sri Aman kembali ‘bernyawa’ bermula Ahad lepas ekoran kepulangan kembali para pelajar asramanya bagi mengikuti pembelajaran secara fizikal di dalam kelas bermula semalam.

Tinjauan rambang di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simanggang mendapati para pelajar asrama termasuk ibu bapa dan adik beradik mereka sudah tiba di sekolah berkenaan seawal jam 8.15 pagi.

Ketibaan mereka di situ dilihat sudah dinanti-nantikan oleh para pengawas di bawah kanopi yang terlebih dahulu sudah pun pulang ke asrama sekolah berkenaan sehari sebelumnya.

Setibanya di luar perkarangan sekolah, kesemua pelajar asrama  diarah menjalani imbasan suhu badan dan kod QR MySejahtera sebelum mengambil serta mengisi borang isytihar kesihatan di pondok pengawal di situ.

Mereka kemudiannya diarah ke Dewan Rafflesia sekolah berkenaan untuk menyerahkan borang tersebut untuk menonton tayangan penggunaan kit ujian kendiri Covid-19.

Melalui tayangan tersebut, kesemua pelajar diarah untuk menjalani ujian kendiri dengan mereka yang didapati negatif jangkitan Covid-19 dibenarkan pulang ke asrama sekolah pada hari berkenaan.

“Pelajar asrama yang didapati positif (jangkitan Covid-19) akan diarahkan pulang kembali bersama penjaga masing-masing untuk urusan selanjutnya,” kata seorang guru.

Terdahulu tinjauan lanjut mendapati emosi para pelajar asrama yang hadir di perkarangan sekolah bercampur baur dengan sebilangan kecil daripada mereka dilihat  menitiskan air mata ketika mahu berpisah dengan ibu bapa masing-masing.

“Sedih juga bila mahu berpisah dengan anak-anak. Namun sebagai bapa kita haruslah memastikan anak-anak memperoleh ilmu pendidikan yang sewajarnya melalui sesi pembelajaran secara fizikal di sekolah berbanding atas talian.

“Justeru adalah lebih baik mereka belajar bersama dengan rakan sekelas dan guru di sekolah supaya mereka lebih fokus sepanjang masa,” kata seorang kaum bapa dari Rapak, Pantu.

Terdahulu sesi persekolahan penggal ketiga 2021/2022 bagi 12 negeri Kumpulan B bermula semalam dengan para pelajar dilihat bersemangat kembali ke sekolah untuk mengikuti pembelajaran secara fizikal di dalam kelas.

Sekolah Kumpulan B ialah sekolah di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Selangor.


January 11, 2022
Utusan Sarawak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 03:45 PM GMT+8 , Processed in 0.237983 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list