CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 583|Reply: 0

Filem berat ada nasihat

[Copy link]
Post time 11-1-2022 02:24 PM | Show all posts |Read mode

ANTARA babak yang meningalkan kesan dalam filem House Of Gucci.

DIARAHKAN oleh pengarah, Ridley Scott, karya House of Gucci dibintangi barisan pelakon hebat antaranya Lady Gaga, Adam Driver, Jared Leto, Jeremy Iron, Salma Hayek dan Al-Pacino.

Secara ringkasnya, filem House of Gucci mengisahkan mengenai perjalanan kehidupan wanita dikenali Patrizia Reggiani sebelum dan selepas dia melangkah masuk ke dalam keluarga Gucci.

Gucci, jenama mewah dari Itali bukan lagi jenama yang asing dan tentunya, nilai kekayaan keluarga ini mampu mengaburi mata sesiapa saja.

Itu jugalah yang dipaparkan dalam filem ini di mana, Patrizia lakonan Gaga berubah daripada seorang gadis hidup secara sederhana, terus menerus mengejar impiannya selepas bergelumang dalam harta.

Patrizia mula melangkah perlahan-lahan, merancang dan menyelinap untuk menempatkan namanya dalam senarai
ahli keluarga Gucci sekali gus mengambil alih perniagaan keluarga itu.


POSTER filem House Of Gucci agak menarik.

Namun, ia tidak semudah yang disangka kerana pelbagai konflik mula timbul lebih-lebih lagi apabila suaminya, Maurizio Gucci (Adam Driver) mula menghidu tindak tanduk isterinya itu.

Patrizia yang pada awalnya mencintai Maurizio sepenuh hati, mula beralih kepada harta dan warisan kekayaan keluarga Gucci.

Akhirnya, kerja-kerja jahatnya memakan diri sendiri apabila dia sanggup terjerumus melakukan jenayah besar.

Lebih menyedihkan, empayar perniagaan Gucci yang ada pada hari ini tidak lagi membabitkan mana-mana ahli keluarga Gucci.

Dari segi lakonan, saya kagum dengan lakonan Lady Gaga. Tidak dinafikan, lakonan Gaga meninggalkan kesan yang begitu mendalam.

Bukan saja Gaga, Driver juga tidak kurang hebatnya. Lebih mengejutkan adalah lakonan Jared Leto sebagai Paolo Gucci juga sangat hebat dan luar biasa.


LADY Gaga tampilkan lakonan hebat.

Saya seperti terlupa bahawa diri sebenar di sebalik watak Paulo adalah Leto. Dengan perwatakan, gerak geri, suara, semuanya begitu hebat.

Sudut lain, dari penataan gaya sehinggalah kostum yang dikenakan, semuanya sempurna di mata saya.

Mesej yang disampaikan menerusi filem ini juga boleh dikatakan berat. Ia mengajak penonton supaya tidak bersikap tamak dan tahu batas dalam mengejar sesuatu yang diimpikan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 06:24 AM GMT+8 , Processed in 0.036607 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list