CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 573|Reply: 0

Asyik single solo, peminat tunggu lagu baharu Blackpink

[Copy link]
Post time 11-1-2022 12:30 PM | Show all posts |Read mode

BLACKPINK

Asyik single solo, peminat tunggu lagu baharu Blackpink

SEDAR atau tidak, sudah lama sebenarnya kumpulan berpengaruh Blackpink tidak muncul dengan buah tangan terbaharu.

Semuanya kerana sedang memberi laluan kepada kerjaya solo setiap anggotanya bermula dengan Rose dan Lisa yang melancarkan album single perdana masing-masing pada tahun lalu.

Tahun ini pula, fokus diberikan kepada Jisoo dengan debut lakonannya berjudul Snowdrop yang sedang hangat ditayangkan menerusi televisyen.

Biarpun ada alasan logik, ramai peminat mula bersuara dan tidak berpuas hati apabila kumpulan itu mengambil masa yang sangat lama untuk ‘berehat’.

Malah ada juga yang secara sinis menyamakan tempoh rehat Blackpink seperti yang dilalui sebuah kumpulan lelaki kerana menjalani latihan ketenteraan wajib.

“Adakah mereka masuk latihan ketenteraan? Kemunculan terakhir mereka, sebelum Aespa memulakan debut (November 2020),” soal netizen.

Rata-ratanya sudah tidak sabar menantikan Blackpink muncul dengan lagu dan album baharu selepas lama peminat tertunggu-tunggu.

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/01 ... u-baharu-blackpink/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 06:18 AM GMT+8 , Processed in 0.038890 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list