View: 14346|Reply: 62
|
rapatkan saf, situasi di tempat anda.
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by ussopp at 29-8-2010 18:36
Bismillah....
Assalammualaikum, dlm thread ini sy ingin membincangkan satu perkara bg lelaki yg selalu ke masjid.
tentang rapatkan saf, bahu ke bahu, tumit ke tumit. itu adalah saranan berdasarkan dalil soheh. dan manfaat akalnya cukup banyak.
realitinya?
jemaah2 di Malaysia didominasi oleh situasi saf2 renggang...
hadis:
"Rapatkanlah barisanmu (tiga kali), Demi Allah, kalian akan menegakkanbarisan, atau Allah akan membuat hati kalian saling berselisish"
LaluNu'man berkata :"Lalu saya melihat masing-masing jemaah menempelkan bahunya ke bahu kawannya, dan kakinya ke kaki kawannya"
hadith di atas disohihkan oleh al-Albani dalam Silsilah hadith Sohihah (1/69), hadith ke-32 |
|
|
|
|
|
|
|
klu kt tmpt sy,saf ppuan ni sngaja nk solat ats sejadah masing2....bw sejadah yg besar2...bila susun...mmgla de ruang...siap boleh masuk sorg lg makmum,buknnya nk rapatkn saf...duk jugk atas sejadah dia...ada emas kot ats sejadah dia tu....so,cmne nk baiki seme ni...
smlm g terawih,mkcik sblh sy xnk bgnjak...nk duk gk ats sejadah dia.bila dh abis solat,sy lipat dua sejadah sy,barula dia rapatkn sejadah dia,n baru rapat ruang antara sy dgn dia...yg makcik2 lain tu xyh ckpla....xtaula... |
|
|
|
|
|
|
|
dulu masa sekolah berasrama memang best sembahyang berjemaah kat surau. memang saf rapat2. kalau tak rapat memang ustazah bg warning. than masa sambung belajar pun camtu gak
tapi bila dah habis zaman tu....dah mula kerja..kahwin dan hidup bermasyarakat....bila pegi sembahyang jemaah kat surau/masjid saf menjadi semakin renggang.
banyak kali jugak saya dgn penuh senyum simpulnya ajak org sebelah rapatkan saf tapi antara jawapan yg diterima ialah
1. tak pe lah...jauh sikit. senang nak duduk tahiyat akhir
2. panas la duduk rapat2
3. errr...ni sejadah saya
4. nak duduk bawah kipas...sejuk sikit
jawapan begini selalu keluar dari golongan yg tua dari kita. kalau golongan adik2 ni ok...bila ditegur diorang akan dengar. tapi golongan kakak2....makcik2 ni kekadang susah nak terima.
mmmmm.....maybe kena wat iklan kat TV kot suruh rapatkan saf ni. masalah kat malaysia ni ialah bab2 macam ni tak nak buat iklan dan kempen. kalau lah kat TV ada kempen dan iklan "Jom Sembahyang & rapatkan Saf" rasanya mungkin ada perubahan |
|
|
|
|
|
|
|
ada makcik2 yg berbadan besar - mempunyai kesukaran utk duduk tahiyyat kalau ruang cukup2 masa berdiri - so kalau kiat rapat semasa berdiri, bila nak tahiyyat nanti akan "tersempitlah" ruang tersebut.
ada juga makmum2 yg bila diminta rapatkan saf - sorang tarik ke kanan, sorang tarik ke kiri.. semua tak nak beralah - yg tengah2 tu tulah jadi mangsa -
ada juga bila imam dah kasi cue nak start takbir - tapi makmum - suka2 duduk take their own time.. so orang kiri kanan - adjust sendiri ruang - lepas tu bila makmum tu bangun nak solat - baru realise ruang kiri kanan byk kosong -
Rapatkan saf - tapi selalu lupa juga nak kata LURUSKAN SAF.... kebanyakkan masjid/surau dah dibentangkan karpet mempunyai ruang letak kaki.. myb its time, bila nak diri tu, pastikan tumit (bukan ibu jari) berada di belakang line tempat ruang kaki... insya allah - akan luruslah saf tidak kira apa pun bentuk saiz badan makmum. |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat masa kat uni dulu. Ada sorg tu bila dia sedar saff (jemaah perempuan) x rapat, dia kangkang luas2.  |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat masa kat uni dulu. Ada sorg tu bila dia sedar saff (jemaah perempuan) x rapat, dia kangkan ...
HOTlips Post at 27-8-2010 11:18 
ko biar benar....tak pernah plak ku jumpa kes sebegitu.... macam-macam pesen rupanya.... |
|
|
|
|
|
|
|
yang sebetulnya bahu bertemu bahu
kaki bertemu kaki |
|
|
|
|
|
|
|
W'pun jarang solat di masjid tapi selalu boleh dengar suara imam suruh luruskan saf. Mana tak nya speaker masjid tu kuat.
Sekali sekala boleh dengar dia menegur jemaah yang mungkin degil. Siap boleh dengar lagi dia beri tunjuk ajar cara nak luruskan saf. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mbhcsf at 27-8-2010 23:52
yesss good Ussop saban tahun kan memang ada situasi macam ni , tapi improve sikit sebab laa ni ada dah gang gang ladies yg mmg suruh saf tu rapat
tapiiiiiiiiiiiiiii....
ada juga yang nak kata degil, dah mak orang , nak kata tak dengaq hilang pendengaran boleh pulak faham soalan...anak saya dengan saya nak dok sini [ so biaq saf depan kosong dan putus]
common reason, oh tak per dik - sebab nanti dok tahiyat sakit kaki
ni lagi best
tak perrr telekung kita ni dah sentuh dah ...walhal gap ada luas , harap telekung
saja
lagi satu , oh takut hilang sejadah...hihihi
i dunno laaa mmg saf tu tak rapat
dan lagi satu kan
i mean
kebiasaannya telekung kita ni putih kan [ i have no issues pasal pakai ke tak] tapi gerun jugak ler tengok telekung hitam....man |
|
|
|
|
|
|
|
pada saya kan kalau dah masjid tu berimportkan imam dari god knows what baiklaa tapi kualiti solat jemaahnya dari segi saf tak jaga well at the end
what's the point???
sebab ada golongan degil cam ni [ i do not mean all tapi saban tahun mmg ada dan paling geram bagi alasan bodoh [ yes i 'd say this anyway]] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 3# b3auty4u10
subhanAllah, usaha yg baik, teruskan...
tak ramai yg sedar. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 4# norzyy
sy setuju, cadangan bagus.bila buat iklan, dia akan jadi isu nasional...... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 5# hazel23
alasan2 ini, perlu dikumpul....dan diselesaikan
benar, niat sesetengah kita yg baik utk membuat sejadah yg jenis satu-satu, telah terus menimbulkan kesan buruk dimana orang akan berdiri ikut sejadah masing2 maka jauhlah jaraknya.
sebenarnya, pandangan salaf menetapkan tidak ada beza solat lelaki dan wanita dari segi kedudukan kaki dan sebagainya.
jadi bila kita berdiri bahu ke bahu kaki ke kaki, jarak yg sesuai utk tahiyat akhir sudah ada.
rapat itu sepatutnya tidak menyempitkan. jika dibuat dgn kadarnya.
bg yg susah tahiyat duduk secara senget, boleh duduk secara biasa sama mcm duduk antara dua sujud tue. tiada masalah.
masyaAllah, sy tidak tahu nama duduk2 tasyahud tu, namun harap dapat fahamlah. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 6# HOTlips
hehe, sepatutnya bg sejajar bahu dan kaki, maka bila bahu bertemu, kaki akan bertemu. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 8# bronok
 |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 10# mbhcsf
wah, banyak alasan nooo....
dapat tauw alasan bagi pihak2 perempuan banyak.... |
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih kepada yg reply, nampaknya banyak alasan sudah dikorek.
ratanya2 dari pihak perempuan. subhanAllah......!!!
takkan perempuan jer yg aktif, lelaki mana, rasanya bronok sorang ja kot. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ussopp at 30-8-2010 19:26
MAri kita lihat kembali hadis tentang merapatkan saf. yang mana ia menjadi satu janji dari Allah merangkap satu amaran dari nabi.
ketahuilah amaran ini penting kesannya!!!
hadis:
"Rapatkanlah barisanmu (tiga kali), Demi Allah, kalian akan menegakkanbarisan, atau Allah akan membuat hati kalian saling berselisisih"
LaluNu'man berkata :"Lalu saya melihat masing-masing jemaah menempelkan bahunya ke bahu kawannya, dan kakinya ke kaki kawannya"
hadith di atas disohihkan oleh al-Albani dalam Silsilah hadith Sohihah (1/69), hadith ke-32
okey....
janji Allah , Allah akan memecah belahkan hati manusia dari fahaman hadis itu, maknanya jauh dari perpaduan.
sebaliknya jika kita rapat, tentulah perpaduan akan mudah diucapai.
sy akan menyokong hadis ni melalui beberapa hujah akal. adapun hujah dari hadis sudah terang dan nyata, sepatutnya tidak perlu hujah akal ini,
namun, ini hanyalah bonus, dan sesiapa yg tidak bersetuju, boleh saja tinggalkan kerana ia hanya hujah akal. namun, tidak boleh tidak bersetuju dgn hadis itu.
ok, bismillah....
kenapa rapat boleh mendatangkan perpaduan.?
pernah tak anda rasa, berkali2 datang ke masjid, berjumpa dengan orang yg sama namun tidak mesra.?
anda pernah?
sy pernah.
sembahyang selalu, namun, bila solat jemaah,ia boleh menjadi seperti asing2 yakni sembahyang sorang2 kerana ada jarak.
saranan nabi supaya rapat sgt banyak manfaat akalnya.
antaranya ialah atas alasan sentuhan. semua org, bukan sy saja, tentu arif tentang betapa efektifnya sentuhan dlm memecahkan "barrier" antara manusia.
sentuhan ibu, sentuhan suami, sentuhan macam lagi, bak kata iklan dalam tv, sentuhan ibu lebih walopun sekejab bermakna dari kata2 yg panjang(iklan lama).
ni nak tunjuk kat sini bahawa sentuhan itu adalah cara paling efektif nak merapatkan hubungan.
dan bila solat jemaah, bila kita ikut cara sunnah, kaki, tak kiralah kaki tukang sapu, kaki perdana menteri, kaki putih , kaki hitam, kaki bersih, kaki kudis, semua kena rapat atas dasar Allah semata-mata.
dan apa lagi keberkatan dalam hubungan selain dari alasan kerana Allah...?tiada yg boleh lawan alasan ini.
jadi percayalah, sesiapa yg geli nak rapat, tetapi cuba tahan perasaan gelinya dan cuba rapat jugak maka janji Allah pasti benar, hati2 pasti akan bersatu jika rapat.
jikalau anda susah nak rapat, sekurang-kurangnya, jika ada yg rapat ke arah anda, janganlah menjauh. biarkanlah....
sy sendiri sgt geli dahulunya, namun, sy mulakan dgn membiarkan jika ada org rapatkan, dan akhirnya kini, sy pun dah dapat rasa kemanisannnya. Alhamdulillah....
tentang masalah yg timbul, umumnya jika seseorang itu dtg ke masjid dalam keadaan yg seolah2 menyakiti jemaah lain, seperti busuk , kototr dan sebagainya, maka ada larangan dari hadis keapd org2 begini. sy akan bawakan hadis nabi tentang ini.InsyaAllah.
TETAPI, jika ada jugak dari jenis nie yg dtg dan sembahyang, maka kewajipan memenuhi etika merapatkan saf tetap perlu. ini adalah kerana, sesungguhnya arahan merapatkan saf tiu jauh lebih besar dari kebusukkan atau kekotoran dari jemaah yg berkenaan.
maksudnya selagi mana dia tidak membawa najis lah, dimana kekotoran itu hanyalah dari segi kotor atau pun yg menimbulkan jijik dari segi perasaan kita atau kebiasaan kita. maka perlu lah rapat jugak.
kesimpulannya, setiap jemaah perlu bersih, tidak busuk, kotor, dan apa2 saja yg menyakiti jemaah lain.
namun jika ada jugak org begini, KITA TETAP KENA RAPAT!
kerana janji Allah dlm hadis pasti benar.
|
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih kepada yg reply, nampaknya banyak alasan sudah dikorek.
ratanya2 dari pihak perempuan. ...
ussopp Post at 30-8-2010 18:57 
lelaki aktif berpolitik tuan
 |
|
|
|
|
|
|
| |
|