Edited by Vellfire at 8-1-2022 07:43 AM
![](https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20220108/whatsappimage2022-01-08at143236.jpeg)
Uggah (dua dari kiri) semasa lawatan sulung beliau di Pelabuhan Senari, di sini pada Jumaat.
KUCHING: Pengurusan pelabuhan di negeri ini perlu bersedia untuk memodenkan pelabuhan selain berinovasi serta menerima pakai teknologi baharu menjelang 2030
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ini kerana menjelang tahun tersebut, Sarawak mensasarkan menjadi sebuah negeri pendapatan tinggi menerusi pelabuhan.
"Menjelang 2030, peranan pelabuhan itu semakin meningkat dan lebih penting kepada negeri ini.
"Ini kerana, kita merancang untuk mengeksport lebih banyak produk makanan ke luar negara," katanya dalam kenyataan selepas lawatan beliau di Pelabuhan Senari di sini semalam.
Dalam lawatan itu, Uggah turut ditemani Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Dato Majang Renggi dan Aidel Lariwoo serta Setiausaha Tetap Kementerian Dato Safri Zainudin.
Uggah yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan berkata, proses pemodenan pelabuhan termasuk melihat gaya pengurusan baharu dan menambah baik serta meningkatkan kemudahan-kemudahan penting di setiap pelabuhan.
“Lihat model pelabuhan di seluruh dunia dan kita tetapkan penanda aras pada model pelabuhan yang berjaya. "Sehubungan itu, kami di kementerian akan proaktif untuk memastikan pelaksanaan ke arah pemodenan pelabuhan di negeri ini dilaksanakan," ujarnya
Ini kerana, katanya pelabuhan-pelabuhan negeri mempunyai banyak potensi dan boleh bersaing dengan pelabuhan-pelabuhan di rantau ini.
Terdahulu, beliau mengadakan lawatan pertamanya di Pelabuhan Senari selepas dilantik sebagai Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan dalam rombakan kabinet selepas Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) baru-baru ini.
Mengenai Pelabuhan Senari yang dikendalikan Lembaga Pelabuhan Kuching (KPA), Uggah menjelaskan, pelabuhan itu perlu mencari jalan untuk meningkatkan produktivitinya.
"Pada masa sama, ia mesti membuat perancangan untuk menghadapi cabaran baharu," katanya lagi.
utusanborneo.com.my/2022/01/08
|