KUCHING: Kadar vaksinasi bagi populasi dewasa di negara ini menghampiri 100%.
Berdasarkan data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi laman CovidNow, setakat tengah malam tadi, 22,878,955 individu atau 97.7% telah lengkap divaksin.
Katanya, dalam tempoh sama, 23,164,441 atau 98.9% individu dalam kalangan populasi dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, 2,764,980 individu atau 87.8% daripada mereka telah melengkapkan vaksinasi.
Katanya lagi, 2,855,467 atau 90.7% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.
Sementara itu, sejumlah 216,668 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 2,627 dos pertama, 3,383 dos lengkap dan 210,658 dos penggalak.
sarawakvoice.com/2022/01/08
|