CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 486|Reply: 0

[Sarawak] Lelaki jatuh bot di Sungai Iran Suai dijumpai lemas

[Copy link]
Post time 8-1-2022 12:16 PM | Show all posts |Read mode


Mayat mangsa dijumpai orang awam sekitar jam 2.28 petang dan kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnta. - gambar ihsan bomba.

MIRI: Setelah empat hari operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan, akhirnya lelaki yang dilaporkan terjatuh dari bot di Sungai Iran Suai dijumpai lemas petang pada Jumaat.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 6 Miri Penguasa Kanan Bomba I Law Poh Kiong berkata mayat mangsa, Abdul Wadud Dayyan Sastri, 29, dari Desa Indah Permyjaya dijumpai di kawasan Pabong berdekatan Kuala Suai kira-kira 17 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

"Mangsa berjaya dijumpai oleh orang awam yang merupakan sebahagian dari pasukan operasi SAR kira-kira jam 2.28 petang.

"Susulan penemuan mayat mangsa itu, operasi SAR ditamatkan pada jam 4.30 petang," katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis dan dibawa ke Hospital Miri untuk tindakan selanjutnya.

Terdahulu dalam kejadian petang Selasa lalu, mangsa terjatuh dari bot apabila bot tersebut dipercayai terlanggar sisa kayu yang terapung.

Semasa kejadian, adik mangsa seorang lelaki berusia 25 tahun yang berada dalam bot yang sama selamat.

Sementara itu, Law mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan turut berterima kasih kepada semua pihak yang bertungkus lumus terlibat sama dalam membantu bomba mencari mangsa dalam operasi kali ini.


utusanborneo.com.my/2022/01/08
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 02:10 AM GMT+8 , Processed in 0.092250 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list