CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 536|Reply: 0

[Sarawak] Ancaman Omicron: Pemberian dos penggalak vaksin perlu ditingkatkan

[Copy link]
Post time 7-1-2022 05:57 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Kerajaan Persekutuan dan Kementerian Kesihatan perlu meningkatkan kapasiti jagaan kesihatan awam serta meningkatkan vaksinasi COVID-19 bagi mengelak kelumpuhan sistem kesihatan negara.

Ahli Parlimen Bandar Kuching Kelvin Yii (gambar) berkata berdasarkan laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat 245 kes Omicron dikesan di Malaysia ketika ini dengan 12 kes jangkitan tempatan dengan tujuh kes dilaporkan di Sarawak sahaja pada 6 Januari 2022.

“Meskipun banyak laporan mengatakan kesan varian Omicron tidak teruk tetapi impaknya tidak harus dipandang remeh.

“Malah, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Khamis menyebut Omicron tidak harus dianggap sebagai ringan kerana rakyat di seluruh dunia masih maut daripada penyakit ini,” katanya dalam kenyataan.

Yii turut berpandangan, jika tidak dikendalikan dengan baik gelombang Omicron akan berlaku di Malaysia seperti di lain-lain negara dan berkemungkinan lebih teruk daripada Delta.

“Berikutan jangkitan tinggi Omicron, kita mungkin mengalami peningkatan tinggi jumlah pesakit.

“Apabila jumlah pesakit meningkat, ia akan melemahkan sistem kesihatan kita lagi.

“Sebab itu kita mesti menggandakan kempen vaksinasi dan kempen dos penggalak mesti dilancarkan bagi memastikan perlindungan optimum,” katanya.

Pada masa ini kata Yii, hanya 43 peratus mereka yang berumur 60 tahun ke atas atau 20 peratus daripada keseluruhan populasi telah menerima dos penggalak di Malaysia.

Sehubungan itu, beliau menggesa Kementerian Kesihatan untuk meningkatkan kapasiti bagi mempercepatkan proses pemberian dos penggalak terutama mengambil kira ancaman Omicron.


utusanborneo.com.my/2022/01/07
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 02:06 AM GMT+8 , Processed in 0.048023 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list