CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 546|Reply: 0

[Sarawak] Vaksinasi kanak-kanak, sedia kerjasama dengan agensi berkaitan

[Copy link]
Post time 7-1-2022 05:53 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti menyambut baik pengumuman inisiatif pelaksanaan vaksinasi COVID-19 kepada kanak-kanak berusia tiga hingga 12 tahun.

Menterinya Dato Sri Fatimah Abdullah (gambar) berkata inisiatif berkenaan telah diumumkan Timbalan Ketua Menteri Dato Sri Dr Sim Kui Hian baru-baru ini.

“Kementerian menyambut baik pengumuman Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Dr Sim Kui Hian untuk melaksanakan vaksinasi kanak-kanak yang berumur 3 hingga 12 tahun yang dijangka bermula pada bulan hadapan.

“Sehubungan itu, Kementerian akan bekerjasama dengan semua agensi dan fasiliti kesihatan atau pusat vaksinasi untuk memastikan vaksinasi COVID-19 untuk kanak-kanak berusia tiga hingga 12 tahun di Sarawak berjalan dengan lancar,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan sempena mengumumkan garis panduan pembukaan Taska dan Tadika di sini, hari ini.

Fatimah berkata semua tadika dan taska di negeri ini dibenarkan beroperasi dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat bagi mengelakkan penularan COVID-19.

Katanya pembukaan itu selaras dengan SOP Pelan Pemulihan Negara Fasa 4 Negeri Sarawak bermula 3 Januari 2022.

Beliau menegaskan antara SOP berkenaan termasuk  ibu bapa atau penjaga yang menghantar anak-anak ke pusat-pusat yang diluluskan beroperasi adalah dibenarkan menggunakan kenderaan dengan jumlah penumpang kanak-kanak mengikut kapasiti kenderaan.

“Operator premis perlu memastikan hanya ibu bapa atau individu check-in premis menggunakan MySejahtera serta yang mempunyai status “Risiko Rendah” sahaja dibenarkan untuk menghantar kanak-kanak ke premis.

“Bagi premis yang tidak mempunyai liputan internet atau individu yang tidak menggunakan MySejahtera, pemeriksaan tahap kesihatan secara manual seperti dibawah boleh dilaksanakan.

“Bagi mereka yang berstatus 'Kontak Rapat', 'Person Under Surveillance' dan 'Patient Under Investigation' adalah tidak dibenarkan memasuki premis dan ia perlu dilaporkan kepada Pejabat Kesihatan Bahagian masing-masing,” tegasnya.

Fatimah berkata ibu bapa tidak dibenarkan menghantar kanak-kanak ke pusat yang diluluskan beroperasi sekiranya mempunyai gejala.

Ia termasuk Kanak-kanak bergejala seperti demam, batuk, selsema atau cirit-birit.

“Selain itu jika ibu bapa bergejala seperti demam, batuk selsema atau cirit-birit atau terdapat ahli keluarga merupakan PUS (sila maklumkan kepada pihak pengurusan Taska),” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/01/07
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 01:52 AM GMT+8 , Processed in 0.110331 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list