CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 502|Reply: 0

Mahu variasi karakter

[Copy link]
Post time 6-1-2022 04:24 PM | Show all posts |Read mode

GOSLING mahu membawakan karakter yang lebih mencabar.

SELEPAS kejayaan membintangi filem La La Land dan Blue Valentine, Ryan Gosling mengakui mahu bersikap lebih memilih untuk sebarang tawaran berlakon.

Kata Gosling, sebelum ini tujuan dia bekerja adalah untuk menampung kehidupan peribadi seperti membayar sewa rumah, bil dan kos perubatan.

Bagaimanapun, selepas namanya dikenali ramai di Hollywood, dia mahu mencabar dirinya membawakan pelbagai watak baharu.

"Selama ini saya berasa pekerjaan yang dilakukan adalah untuk saya meneruskan hidup semata-mata. Saya bekerja untuk membayar sewa rumah dan mendapatkan insurans kesihatan. Tapi, kini saya mahu mencabar diri dengan membawakan watak yang lebih menguji kredibiliti saya sebagai pelakon," katanya.

Menurut pelakon yang pernah tampil dalam drama bersiri Goosebumps dan The Mickey Mouse Club itu, dia kini mahu memberi tumpuan kepada kelompok penonton yang lebih luas.

"Saya tidak mahu penonton bosan melihat lakonan saya. Jadi, saya nak cuba lakukan pembaharuan dan meluaskan bakat lakonan yang saya miliki," katanya.


GOSLING akui waktu berjalan begitu pantas sehingga dia perlu habiskan lebih banyak masa bersama anak-anak.

Dalam pada itu, Gosling turut berkongsi mengenai kehidupan peribadinya dengan Eva Mendes serta dua anak perempuannya, Esmeralda, 7, dan Amada, 5.

Menurut pelakon berusia 41 tahun ini, sejak memiliki cahaya mata, dia baru tersedar yang waktu bergerak begitu pantas sehingga dia perlu berfikir banyak perkara.

"Masa adalah sesuatu yang saya fikirkan sekarang. Saya melihat anak-anak membesar dengan begitu pantas. Tetapi, melalui proses kuarantin ketika pandemik Covid-19 membuatkan kami banyak menghabiskan masa bersama," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 06:26 AM GMT+8 , Processed in 0.104698 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list