CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 362|Reply: 0

[Sarawak] Dapatkan penjelasan berhubung projek tebatan banjir di Kuching

[Copy link]
Post time 5-1-2022 07:12 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Ahli kabinet persekutuan dari Sarawak diminta mendapatkan penjelasan daripada Putra Jaya mengenai kemajuan pelaksanaan projek lembangan sungai bersepadu serta tebatan banjir kilat di bandar raya ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang See Chee How berkata beliau berharap Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengarahkan ahli kabinet persekutuan dari negeri ini untuk berbuat demikian.

Menurutnya pelaksanaan Projek Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Sarawak terutamanya kini seolah telah diabaikan dan terlepas pandang oleh kerajaan persekutuan dan negeri Sarawak.

Menurutnya bahawa tender terbuka projek-projek tebatan banjir yang berasingan telah ditangguhkan berkali-kali.

“Ia terutama projek yang mendesak seperti pelaksanaan Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Sarawak yang dibiayai persekutuan dan Projek Tebatan Banjir Kilat Bandar Raya Kuching, diluluskan pada 2013 tetapi masih belum dilaksanakan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa kerajaan kini menumpukan isu banjir dan COVID-19.

Menurutnya, bagi Sarawak dan negeri-negeri lain, Perdana Menteri harus memberi keutamaan untuk menghadapi birokrasi yang meruncing dengan memastikan semua projek tebatan banjir yang dibiayai oleh persekutuan dilaksanakan dengan segera.

“Kami memerlukan Perdana Menteri dan pentadbiran persekutuannya untuk menunjukkan propaganda politik dan komitmen mereka untuk menyelesaikan isu banjir dan banjir kilat yang serius dengan menyelesaikan masalah birokrasi persekutuan.  

“Pelaksanaan segera Projek Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Sarawak ini akan menjadi penentuan kepada komitmen mereka,” tegasnya.

See berkata pada bulan lepas, Perdana Menteri telah mengakui bahawa terdapat kelemahan dalam pengurusan banjir di pihak kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan pelbagai pihak berkuasa seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).  

“Bagaimanapun, pentadbiran persekutuannya masih belum mengeluarkan dasar negara, pelan strategik atau program untuk menghentikan, mengurangkan atau mengurus masalah itu,” katanya.

See berkata, selepas memegang pelbagai portfolio menteri sebelum ini dan menjadi menteri kabinet persekutuan penuh sejak 2008, diharapkan Perdana Menteri mempunyai banyak pengetahuan dan pengalaman dengan kerajaan persekutuan bergelut untuk menghadapi banjir yang serius di seluruh negara pada setiap musim tengkujuh.

“Apa yang diperlukan segera daripada Perdana Menteri dan pentadbirannya ialah kajian semula dasar negara,” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/01/05
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 01:49 AM GMT+8 , Processed in 0.125935 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list