CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 334|Reply: 0

[Sabah] Ketatkan SOP kemasukan pengembara ke Malaysia

[Copy link]
Post time 5-1-2022 06:45 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Kerajaan Pusat diseru untuk mengetatkan Prosedur Operasi Standard (SOP) khususnya kepada kalangan pengembara luar negara yang ingin memasuki Malaysia agar mampu mengelakkan satu lagi gelombang baharu COVID-19.

Ahli Majlis Tertinggi Parti Liberal Demokratik (LDP) Eric Lau (gambar) berkata, varian Omircron yang kini sudah menular dalam negara seperti Amerika Syarikat, England dan Eropah sejak beberapa minggu lalu.

"Varian itu juga telah dikesan dalam beberapa kluster COVID-19 di Malaysia dan ianya sangat membimbangkan.

"Kita tahu apa akan terjadi kepada ekonomi negara sekiranya kerajaan pada hari ini tidak mengambil serius SOP kemasukan ke Malaysia," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, pandemik COVID-19 yang melanda negara sebelum ini sudah menjejaskan kehidupan rakyat di semua peringkat lapisan.

Oleh itu katanya, kerajaan harus mengenakan kuarantin 14 hari mandatori kepada semua pengembara yang memasuki negara ini.

Katanya, sangat mengecewakan apabila terdapat mereka yang gagal mematuhi arahan kuarantin seterusnya menyebabkan penularan varian Omicron dalam kalangan masyarakat di Semenanjung Malaysia.

Katanya, kerajaan juga perlu mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang melanggar SOP berkenaan.

"Selain didenda, pesalah ini juga perlu dipenjarakan agar mampu memberi pengajaran kepada yang lain agar sentiasa mematuhi SOP.

"Dengan hanya denda sahaja, para pesalah mampu melepaskan diri dari membuat kesalahan, ini boleh memberikan gambaran bahawa kerajaan Malaysia gagal untuk membendung penularan COVID-19," katanya.


utusanborneo.com.my/2022/01/05
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 02:11 AM GMT+8 , Processed in 0.036793 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list