CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 395|Reply: 0

[Sabah] Ketepikan perbezaan politik, demi pembangunan Sabah

[Copy link]
Post time 5-1-2022 06:32 PM | Show all posts |Read mode


BAKUL MAKANAN: Penduduk kampung menerima sumbangan bakul makanan yang disampaikan oleh Joniston (dua kanan).

KIULU: Semua ahli politik di Sabah dari kedua-dua belah pihak perlu menghentikan mainan politik dan sebaliknya menumpukan usaha bersama untuk membawa pembangunan kepada negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu Datuk Joniston Bangkuai berkata, pergaduhan politik yang berterusan hanya akan mengakibatkan wakil rakyat hilang tumpuan daripada fokus asal masing-masing iaitu menjayakan agenda memajukan rakyat.

"Kita mesti mengalihkan perhatian kepada rakyat yang menaruh kepercayaan kepada kita untuk membawa perubahan kemajuan yang lebih baik.

"Sekarang adalah masanya untuk menunjukkan keikhlasan dan keupayaan kita untuk bekerjasama demi menjadikan Sabah lebih maju dan aktif dari segi ekonomi.

"Kita mungkin mempunyai ideologi politik yang berbeza, tetapi apabila bercakap mengenai perubahan untuk kepentingan rakyat dan negeri, kita semua harus bersama tanpa mengira perbezaan fahaman politik,” katanya.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar ini berkata demikian pada majlis penyerahan bakul makanan sumbangan seorang dermawan kepada keluarga yang memerlukan di Balai Raya Kampung Poring di sini semalam.

Pada majlis itu, Joniston yang juga Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Ketua Penerangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) turut menyumbangkan pelitup muka, alat pemeriksa suhu badan dan sanitasi kepada 11 rumah ibadat di kawasan itu.

Dalam pada itu beliau berkata, kerajaan GRS, di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor sentiasa prihatin terhadap keperluan rakyat.

Katanya, keprihatinan itu terbukti menerusi peruntukan berjumlah RM2 juta kepada setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) tahun ini.

Menurutnya, GRS terus kukuh dan masih mempunyai empat tahun lagi untuk menunaikan mandat yang diberikan rakyat.

Salah seorang penerima bantuan bakul makanan Samulin Gosudang dari Kampung Poring melahirkan rasa syukur atas sumbangan yang diberikan kerana ia dapat membantu meringankan beban keluarganya.

"Kami sangat terharu dengan sikap murah hati individu yang memberi sumbangan ini kerana tampil memberikan kami bakul makanan.

"Bantuan ini sudah pasti akan memberi manfaat kepada golongan miskin yang terjejas teruk oleh pandemik,” katanya.

Joniston turut melawat Kampung Mantob dan Libodon untuk mengagihkan bakul-bakul makanan dengan bantuan ketua masyarakat kampung.


utusanborneo.com.my/2022/01/05
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 01:44 AM GMT+8 , Processed in 0.038616 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list