CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 390|Reply: 0

[Sabah] Penduduk Kg Togop Darat dan Laut terputus bekalan air bersih

[Copy link]
Post time 5-1-2022 06:30 PM | Show all posts |Read mode


TADAH AIR: Penduduk kampung terpaksa menadah air hujan kerana paip air yang ada telah rosak akibat banjir.

RANAU: Bekalan air di Kampung (Kg) Togop Darat dan Laut terputus selepas paip yang dibekalkan kerajaan rosak akibat banjir.

Kampung yang terletak kira-kira 42 kilometer daripada pekan Ranau itu mengalami hujan berterusan mengakibatkan air sungai Kopuakan melimpah sehingga berlakunya banjir.

Penduduk, Justin Mudi 34, berkata kerosakan paip air tersebut menyebabkan semua penduduk di kedua-dua kampung ini tidak menerima bekalan air bersih.

“Kami terpaksa menadah air hujan untuk meneruskan aktiviti harian seperti memasak, mandi dan membersihkan lumpur akibat banjir.

“Sekiranya tiada usaha baik pulih dilakukan segera, sudah pasti penduduk di sini akan menghadapi kesukaran dalam tempoh yang lama,” katanya.

Sementara itu, katanya, kerosakan jambatan di sungai Timbul Tenggalam yang mentasi sungai Kopuakan menyebabkan penduduk tidak dapat menghantar hasil pertanian.

Menurutnya, beberapa jalan raya yang menghubungkan kampung dengan pekan juga banyak yang telah rosak dan memerlukan perbaikkan segera.        

“Penduduk di sini cukup tertekan kerana kebanyakkan kemudahan asas sudah rosak dan turut membantutkan semua urusan harian.

“Kami memohon kepada pihak berwajib supaya segera tampil membantu membaiki paip air dan jambatan berkenaan,”katanya.


utusanborneo.com.my/2022/01/05
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 03:56 AM GMT+8 , Processed in 0.433845 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list