CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 397|Reply: 0

[Sabah] Tinjau jalan terjejas, gesa dibaiki segera

[Copy link]
Post time 5-1-2022 06:25 PM | Show all posts |Read mode


TINJAU: Robert (empat kiri) semasa meninjau jalan rosak yang sedang dibaiki.

Robert tinjau jalan terjejas, gesa dibaiki segera

RANAU: Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik telah menghadiri sesi taklimat yang di sampaikan oleh Pegawai Daerah Ranau Syahrin Samsir berhubung jalan-jalan runtuh akibat hujan lebat berterusan sejak kebelakangan ini di Pusat Kawalan Operasi Bencana (BKOP) Ranau, kelmarin.

Sebanyak 18 buah kampung dan sembilan jalan terjejas akibat daripada kejadian hujan berterusan sepanjang hari kebelakangan ini.

Sejurus taklimat tersebut, Robert membuat lawatan ke beberapa lokasi antaranya kawasan tanah runtuh di laluan naik ke Kompleks Sukan Ranau yang menempatkan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) dan kerosakan jalan utama berhadapan Pasaraya Sabindo.

"Akibat kejadian di laluan naik Kompleks Sukan, terdapat sedikit kesukaran laluan ke pusat itu terutama petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mereka yang berada di PKRC. Kerja-kerja pembersihan sedang giat dijalanakan akan selesai dalam masa terdekat ini, " katanya.

Manakala bagi kawasan jalan utama berhadapan Pasaraya Sabindo, beliau (Robert) meminta agar pembaikan diperhalusi semula agar turapan di permukaan jalan tersebut kelihatan lebih kemas dan selamat digunakan kepada semua pengguna.

Robert turut meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) Ranau agar dapat menghantar laporan lengkap ke Ibu Pejabat dan menyeru ke semua kontraktor syarikat konsesi terbabit yang telah dilantik supaya dapat mengambil tindakan secepat mungkin untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan kesan runtuhan itu segera sekaligus menyiapkan kerosakan bagi memudahkan pengguna.

Turut hadir Penolong Pegawai Daerah (ADO) Hasinin Kimsin; Pembantu Jurutera JKR Ranau Jumik Kangsang; Juruteknik Kanan Majlis Daerah (MDR) Rayner Atin; Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Adrian Dauli dan Ketua Cawangan Khas ASP Helvin Ribus Tingadon.


utusanborneo.com.my/2022/01/05
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 02:09 AM GMT+8 , Processed in 0.355592 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list