CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 388|Reply: 0

[Sarawak] Enam keluarga dipindahkan ke PPS, bumbung rumah diterbangkan angin

[Copy link]
Post time 5-1-2022 10:12 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 5-1-2022 02:13 AM



Anggota bomba hadir di lokasi kejadian untuk membantu.

BAU: Sebanyak enam keluarga terdiri daripada 27 orang di Kampung Opar, di sini terpaksa ditempatkan di pusat permindahan sementara (PPS) selepas bumbung rumah mereka tercabut pada malam Selasa.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata enam rumah terbabit merupakan antara 10 rumah yang terjejas disebabkan angin kencang.

Menurutnya, kejadian dilaporkan berlaku pada jam 8.10 malam.

"Enam buah keluarga terbabit terpaksa dipindahkan ke PPS di Balai Raya Kampung Opar kerana bumbung rumah mereka tercabut keseluruhannya.

"Manakala empat lagi keluarga tidak dipindahkan memandang rumah mereka tidak mengalami kerosakan teruk dan selamat didiami," katanya menerusi satu kenyataan, malam tadi.   

Tambahnya, empat lagi keluarga yang turut terjejas terdiri daripada 24 orang.

Difahamkan tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut.
Sementara itu, beberapa anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau diketuai Ketua BBP Bau Tawang Lingem turuh hadir di lokasi kejadian selepas laporan diterima.

"Pihak bomba beroperasi membuang dan memindahkan serpihan kerosakan bangunan, terutamanya di laluan utama kampung," katanya.

Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat turut hadir di lokasi kejadian.


utusanborneo.com.my/2022/01/05

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 01:49 AM GMT+8 , Processed in 0.071300 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list