CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 395|Reply: 0

[Sabah] Banjir: Buntu kelengkapan sekolah anak musnah

[Copy link]
Post time 4-1-2022 11:52 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 4-1-2022 03:53 PM


SEBAHAGIAN daripada mangsa banjir Kota Marudu yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara. FOTO Bernama



Kota Marudu: Perasaan lega ibu bapa di daerah ini yang membuat persiapan awal dalam menyediakan kelengkapan anak bagi sesi baharu persekolahan bermula 10 Januari depan bertukar buntu selepas semuanya rosak disaluti lumpur malah ada yang hanyut dibawa arus banjir.

Ada dalam kalangan mereka terpaksa bergegas meninggalkan kawasan kediaman sehingga tidak sempat menyelamatkan barang-barang penting termasuk peralatan rumah dan kelengkapan sekolah seperti baju, kasut, beg dan peralatan menulis kerana air naik terlalu cepat susulan hujan berterusan sejak Jumaat lalu.

Suri rumah Faridah Zakaria, 37, ketika ditemui Bernama berkata, semua kelengkapan sekolah yang dibeli untuk tiga anaknya sudah diletak di dalam kotak khas sementara menunggu sesi persekolahan bermula.

"Saya sudah simpan rapi di dalam satu kotak tetapi ia tidak dapat diselamatkan kerana kami sekeluarga terpaksa segera meninggalkan kawasan rumah memandangkan air banjir naik mendadak. Saya hanya sempat ambil bakul pakaian sahaja," katanya.

Ibu empat anak dari Kampung Kandawayon itu berkata, walaupun dia hanya berbelanja sekitar RM150 bagi membeli barang keperluan sekolah terbabit, ia satu jumlah yang besar bagi mereka kerana hanya bergantung kepada penjualan hasil pertanian secara kecil-kecilan.

"Suami saya seorang petani yang mengusahakan tanaman pisang dan padi dengan hasil pertanian mengikut musim.

"Pendapatan bulanan juga tidak menentu. Untuk persediaan persekolahan anak-anak pula, saya hanya membeli sepasang baju untuk setiap orang sebagai tambahan baju sedia ada," katanya.

Justeru, Faridah berharap ada pihak prihatin tampil menyalurkan bantuan kepada golongan seperti mereka yang terjejas akibat banjir bagi membantu meringankan beban dalam menyediakan keperluan sekolah anak.

Harapan sama turut dizahirkan seorang ibu tunggal Crista Sulisu, 51, dari Kampung Marudu Darat kerana kelengkapan persekolahan tiga anaknya, masing-masing berumur lapan, 12 dan 14 tahun, hanyut dibawa arus dalam banjir mengejut itu.

"Saya membuat persiapan kelengkapan sekolah anak sedikit demi sedikit hasil pendapatan sebagai anggota Rela.

"Sekarang saya tidak tahu mahu buat macam mana kerana tidak lama lagi sesi baharu persekolahan akan dibuka," katanya yang membelanjakan RM500 untuk membeli keperluan sekolah terbabit.

Lain pula bagi bapa enam anak Mohd Sewei Jamlimaimin, 48, dari Kampung Balagaton, yang optimis ada beberapa kelengkapan sekolah boleh dicuci dan dibersihkan walaupun disaluti lumpur memandangkan ia masih dibaluti plastik.

"Buat masa ini, saya baru menyediakan kelengkapan sekolah untuk tiga anak saya, jadi mana-mana barang yang masih boleh diguna pakai, kita akan cuci dan bersihkan.

"Lagi pun kalau mahu beli baharu, guna kos lagi, saya kurang berkemampuan kerana hanya buat kerja kampung, jadi pendapatan tidak menentu," katanya.

Mohd Sewei berkata, dia tidak juga berharap kepada bantuan kerana mangsa banjir bukan sedikit dan banyak kampung terjejas.

"... tetapi sekiranya ada, syukur rezeki, lambat atau cepat, saya berterima kasih," katanya.


hmetro.com.my
Disiarkan pada: Januari 4, 2022 @ 10:37pm


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 01:51 AM GMT+8 , Processed in 0.458860 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list