CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 358|Reply: 0

[Sarawak] Mayat mangsa perahu pecah langgar tiang jeti ditemui

[Copy link]
Post time 4-1-2022 06:50 PM | Show all posts |Read mode


Pasukan SAR mengangkat mayat untuk diserahkan kepada pihak polis

SIBU: Mayat seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas perahunya melanggar tiang jeti lama berhampiran Kampung Bukit Kinyau di Tanjung Manis, Sarikei semalam, ditemui hari ini.

Mangsa dikenal pasti sebagai Saipol Arshad berusia 36 tahun berasal dari Kampung Baru Bukit Kinyau ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 10.00 pagi.

Ketua Polis Daerah Sarikei Superintenden Awang Arfian Awang Bujang berkata, mangsa yang merupakan seorang nelayan dijumpai di perairan berhampiran jeti lama iaitu tempat mangsa dilaporkan terjatuh.

"Insiden itu dilaporkan oleh Penghulu Kampung Baru Bukit Kinyau setelah dimaklumkan oleh abang mangsa, Sudirman Arshad yang menerima mesej melalui satu kumpulan WhatsApp pada jam 8.00 malam tadi, memaklumkan perahu yang dinaiki adiknya telah terlanggar tiang jeti iaitu tempat pemunggahan batang kayu menyebabkan perahu mangsa pecah," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Ujarnya, akibat itu mangsa telah terjatuh dan dibawa arus sungai.


Berikutan penemuan itu, katanya, operasi SAR yang turut disertai pasukan Bomba dan Penyelamat Sarikei, Angkatan Pertahan Awam Malaysia (Sarikei dan Tanjung Manis) telah ditamatkan jam 10.45 pagi.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," tambah beliau.


utusanborneo.com.my/2022/01/04
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 03:55 AM GMT+8 , Processed in 0.054841 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list