CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 410|Reply: 0

[Sarawak] Polis 26 kes Macau Scam direkod di Sibu, libat kerugian RM2.7 juta

[Copy link]
Post time 4-1-2022 06:48 PM | Show all posts |Read mode


SIBU: Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu merekodkan sebanyak 26 kes Macau Scam pada 2021 melibatkan kerugian lebih RM2.7 juta.

Menurut pemangku Ketua Polis Daerah Sibu Supt Dr Collin Babat, ia merupakan penurunan berbanding 38 kes pada tahun sebelumnya di mana jumlah kerugian lebih RM2.5 juta.

Daripada jumlah itu, katanya, sebanyak 41 kes didakwa di Mahkamah manakala 23 kes lagi masih dalam siasatan.

“Pencapaian Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu ini disifatkan sebagai yang terbaik antara semua balai polis daerah di negeri ini,” ujanya dalam satu kenyataan.

Mengulas kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong, Datuk Seri Tiong King Sing baru-baru ini yang mempersoalkan kelewatan tindak balas pihak polis Sibu dalam menangani laporan kes penipuan Macau, beliau memberitahu setiap laporan diterima disiasat secara terperinci.

Jelasnya, siasatan dijalankan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada seperti Kanun Keseksaan, Kanun Prosedur Jenayah, Akta Pemberi Pinjam Wang 1951dan Akta Jenayah Komputer 1997.

Collin berkata, penyiasatan kes jenayah komersial lazimnya akan melibatkan akaun bank, nombor telefon, akaun media sosial dan sebagainya.

"Bagi penyiasatan melibatkan akaun bank, prosedur tertentu perlu dipatuhi oleh polis untuk mendapatkan maklumat pemilik akaun bank seperti yang diperuntukkan di bawah undang-undang.

"Ini termasuk Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (APK), Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (APIK) dan Akta Institusi Kewangan Pembangunan (AIKP) sebelum maklumat didedahkan oleh Penyedia Perkhidmatan Kewangan (FSP) boleh mendedahkan maklumat berkaitan," katanya.

Katanya lagi, pihak polis tidak boleh mengambil tindakan sewenang-wenangnya dan mengenepikan prosedur yang ditetapkan serta undang-undang yang diperuntukkan.

Justeru, katanya semua pihak harus memberi ruang kepada polis menjalankan tugas dengan telus mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Polis katanya juga telah mengambil pelbagai usaha untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang modus operandi terkini jenayah penipuan seperti memberi ceramah di jabatan kerajaan, sekolah, masyarakat, dan rumah ibadat.

“Selain itu, aktiviti rondaan yang dijalankan oleh AMANITA Ibu Pejabat Daerah Sibu serta hebahan melalui media massa dan media sosial turut menjadi saluran penyampaian maklumat kepada masyarakat,” katanya lanjut.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah panik atau cemas apabila menerima panggilan telefon daripada individu tidak dikenali yang mendakwa berasal dari mana-mana jabatan kerajaan atau institusi kewangan.

"Segera tamatkan panggilan telefon dan menyemak dengan pihak berwajib melalui nombor telefon yang sah atau pergi sendiri ke jabatan atau institusi berkenaan untuk membuat pengesahan.

"Jangan sesekali menghubungi nombor telefon yang diberikan oleh suspek," tegasnya.

Orang ramai juga boleh menyemak nombor telefon dan akaun bank suspek melalui aplikasi CHECK SCAMMER CCID atau melalui laman web http://semakmule.rmp.gov.my sebelum membuat sebarang transaksi kewangan.

Selain itu, orang ramai juga boleh menghubungi CCID SCAM RESPONSE CENTRE talian 03-26101559/03-26101599 atau CCID INFOLINE di talian 013- 2111222 (WhatsApp/SMS) untuk mendapatkan nasihat atau maklumat berkaitan kes jenayah dalam talian.

“Sekiranya merasakan diri anda ditipu, sila tampil membuat laporan polis di mana-mana balai polis berhampiran dengan anda,” tambah beliau.


utusanborneo.com.my/2022/01/04

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 01:53 AM GMT+8 , Processed in 0.037523 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list