CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 387|Reply: 1

[Sarawak] Bimbang pergerakan disekat semula

[Copy link]
Post time 3-1-2022 07:45 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Penggiat industri agensi pelancongan menzahirkan kebimbangan berikutan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berikutan keputusan penangguhan umrah.

Menurut Pengarah Urusan KHAIMAL Travel & Tours Borneo Sdn Bhd. Mohamad Fikri Zainol Majid, kebimbangan ini berkaitan kebenaran untuk melancong ke negara lain mungkin turut ditangguhkan.

“Walaupun buat sementara waktu kami tidak membuat perjalanan bagi umrah, namun melihat isu ini menyebabkan timbul kerisauan.

“Ada kemungkinan bukan sahaja penangguhan umrah, malah kebenaran melancong antara negeri dan ke negara lain melalui Lorong Perjalanan Bervaksin (VTL) juga akan ditangguh,” ujarnya ketika dihubungi, semalam.

Fikri memberitahu, pendapatnya berkenaan langkah kerajaan yang membuat penangguhan tersebut.

“Pada saya, jika terus menangguh umrah, ia sebenarnya boleh menambahkan lagi kesukaran kepada syarikat pelancongan yang sudah sedia terkesan akibat pandemik,” katanya.

Justeru, katanya ia memberi kesan negatif kepada mereka yang terlibat.

Tambahnya lagi, apabila kebenaran perjalanan umrah ditarik serta-merta, jemaah umrah yang membeli pakej sudah pasti akan meminta semula deposit daripada syarikat pelancongan.

“Lazimnya, sebagai pengendali umrah, kita sudah membuat 50 ke 60 peratus bayaran ke sana bagi tempahan bas, hotel dan lain-lain.

“Namun, apabila disekat, kebiasaannya agensi pelancongan tidak akan mendapat bayaran balik dan ini pastinya menyebabkan syarikat pelancongan menghadapi masalah,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Fikri mendedahkan terdapat dua cara untuk menyelesaikan masalah tersebut.

“Sekiranya berlaku penangguhan umrah, agensi pelancongan biasanya akan menunda tarikh pergi serta berbincang dengan jemaah umrah.

“Cara yang kedua pula dengan pembayaran balik deposit kepada jemaah menggunakan duit mereka sendiri,” katanya lagi.

Terdahulu, KKM mengumumkan bahawa kerajaan menangguhkan sementara kebenaran perjalanan umrah bermula 8 Januari 2022 sehingga tarikh yang dimaklumkan kelak.


sarawakvoice.com/2022/01/03
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2022 08:55 PM | Show all posts
Keadaan lama-kelamaan akan menjadi norma kepada kita, mungkin akan ada kelonggaran bagi industri yang terkesan teruk dengan pandemik ini seperti pelancongan, nak tak nak kelangsungan hidup perlu diteruskan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 01:56 AM GMT+8 , Processed in 0.036362 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list