KUCHING: Varian Omicron dijangka akan muncul dalam komuniti setempat dalam masa terdekat.
Itu amaran yang diberi oleh Timbalan Ketua Menteri, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian kepada rakyat di negeri ini.
Justeru, beliau yang juga Menteri Kesihatan Awam, Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata, rakyat perlu sentiasa berwaspada dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.
“ Justeru, saya menyarankan agar orang ramai membuat penilaian risiko termasuk melakukan ujian kendiri sekurang-kurangnya setiap tiga hari,” katanya menerusi perkongsian di Facebooknya.
Kui Hian turut meminta agar individu bergejala yang melakukan ujian saringan Covid-19 agar mengasingkan diri terlebih dahulu sehingga keputusan diperoleh.
“Pada masa sama, saya turut menyeru supaya individu yang tertakluk kepada perintah pengawasan dan pemerhatian (HSO) yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) supaya mematuhi arahan berkenaan.
”Saya yakin sekiranya kita terus berdisiplin dan mengikut saranan pihak berkuasa, kita akan berjaya menangani wabak Covid-19 di negeri ini,” katanya lagi.
Malaysia telah merekodkan sebanyak 64 kes Omicron manakala negara jiran manakala Singapura sebanyak 155 kes.
sarawakvoice.com/2022/01/03 |