CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 359|Reply: 0

[Sarawak] Fasa 4 PPN: Perkhidmatan awam negeri perlu tingkatkan kapasiti pekerja

[Copy link]
Post time 3-1-2022 07:28 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Kerajaan negeri diharap dapat meningkatkan kapasiti tenaga kerja sektor perkhidmatan awam secepat mungkin seiring peralihan Sarawak ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula hari ini.

Setiausaha Agung Persekutuan Perniagaan Sarawak (SBF) Dato Jonathan Chai (gambar) berkata meningkatkan kapasiti tenaga kerja perkhidmatan awam sangat penting bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kepada sektor perniagaan juga masyarakat secara umumnya tidak terjejas.

"Ini khasnya bagi urusan memperbaharui permit pekerja asing, kelulusan projek-projek pembangunan dan pendaftaran atau pembaharuan lesen perniagaan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Chai berkata di bawah Fasa 4 PPN, sektor swasta dibenarkan beroperasi pada kapasiti penuh.

Beliau berkata jabatan kerajaan dan agensi-agensi berkanun juga seharusnya mengikut garis panduan (SOP) yang sama bagi mengembalikan perkhidmatan seperti sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac 2020.

Ini kerana tambahnya ia penting untuk menyokong dan mengekalkan pendapatan pelbagai lapisan masyarakat.

"Sememangnya, ini berita baik kepada komuniti perniagaan secara umumnya, Sarawak akhirnya beralih ke Fasa 4 PPN berkuat kuasa hari ini," ujarnya.

Ditanya sama ada langkah meningkatkan kapasiti pekerja wajar dilaksanakan, Chai berkata jumlah kes harian COVID-19 yang direkodkan di Sarawak menunjukkan penurunan dari tiga angka kepada dua bagi tempoh dua bulan lalu.

"Tidak ada daerah yang merekodkan jumlah kes harian dua angka untuk beberapa hari lalu, dan banyak yang tidak merekodkan sebagai kes baharu," tambahnya.

Chai berkata pendekatan berhati-hati diambil kerajaan menangani pandemik COVID-19 harus dipuji dan pembukaan pelbagai sektor tepat pada masanya kerana ia memainkan peranan penting memulihkan ekonomi negeri yang telah terjejas teruk sebelum ini.

"Sudah tentu, kita perlu terus mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dan tidak harus memandang ringan aspek keselamatan walaupun kita sudah beralih ke Fasa 4 PPN," ujarnya.


utusanborneo.com.my/2022/01/03
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 05:51 AM GMT+8 , Processed in 0.038468 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list