CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 356|Reply: 0

[Sarawak] Tiga kanak-kanak antara 11 individu dikejarkan ke hospital akibat kemalangan

[Copy link]
Post time 3-1-2022 03:28 PM | Show all posts |Read mode


Keadaan kedua-dua kenderaan selepas bertembung di Kilometer 46 Jalan Sri Aman-Sarikei pada Ahad.

SRI AMAN: Tiga kanak-kanak antara 11 individu dikejarkan ke hospital setelah terlibat dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 49 Jalan Sri Aman-Sarikei semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintenden Alexson Naga Chabu berkata, kesemua mangsa berumur dalam lingkungan dua hingga 40 tahun.

Menurutnya, kejadian yang berlaku sekitar jam 3 petang itu melibatkan sebuah pikap dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV).

"Siasatan awal insiden tersebut mendapati kereta berkenaan bergerak dari Tanjung Manis ke Sri Aman.

"Bagaimanapun, kenderaan berkenaan dikatakan hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan sebelum melanggar pikap yang bergerak dari Sri Aman ke Sarikei," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Jelasnya, akibat daripada kemalangan itu, seorang mangsa mengalami kecederaan parah dan telah menerima rawatan di Hospital Betong.

Sementara itu, mangsa yang lain menerima rawatan luar di hospital yang sama.


utusanborneo.com.my/2022/01/03
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 05:14 AM GMT+8 , Processed in 0.352551 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list