CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 320|Reply: 0

[Sarawak] Waspada penularan Covid-19 walaupun di fasa 4 PPN

[Copy link]
Post time 3-1-2022 11:33 AM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Rakyat di negeri ini menyambut baik langkah Kerajaan Pusat yang membenarkan Sarawak beralih ke fasa 4 Pelan Pemulihan Nasional (PPN) berkuatkuasa 3 Januari 2022.

Hasil tinjauan mendapati, rata-rata orang awam melahirkan rasa teruja, namun tetap sentiasa berwaspada dengan mengamalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Menurut Azim Ahmad, adalah amat wajar bagi rakyat di Sarawak memasuki fasa 4 memandangkan penurunan kes COVID-19 yang berlaku di negeri ini.

“Di peralihan ini juga memberi peluang kepada sektor perniagaan beroperasi seperti biasa contohnya kepada sektor yang tidak dapat beroperasi sebelum ini dan ianya secara tidak langsung dapat mengimbangi tahap atau kadar ekonomi penduduk dan masyarakat setempat,” katanya.

Sementara itu, Nur Syafa juga turut menasihati orang ramai agar terus menjaga kesihatan dan persekitaran dalam fasa 4 PPN tahun ini.

“Memandangkan kita sudah memasuki fasa 4 PPN, mudah untuk kita mengadakan majlis dengan pematuhan SOP yang telah ditetapkan, selain itu juga, kita rakyat Sarawak jaga lah kebersihan diri kita dan persekitaran kita bagi mencegah penularan varian baru COVID-19,” katanya.


sarawakvoice.com/2022/01/03
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 05:46 AM GMT+8 , Processed in 0.145288 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list