![](https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20220103/twu-ub030122-hs-terbakarp1.jpg)
RANAP: Kilang papan di Kg Selamat Semporna musnah dalam kebakaran.
SEMPORNA: Sebuah kilang papan musnah selepas terlibat dalam kebakaran di Kampung Selamat, di sini semalam.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.36 petang.
Katanya, susulan itu, seramai lima anggota dan pegawai bersama dua buah jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna di gerakkan ke lokasi kejadian.
“Operasi turut dibantu lapan anggota bomba daripada BBP Atas Air Semporna dan BBP Kunak bersama dua buah jentera termasuk bot Kevlar.
“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati sebuah kilang berkeluasan 70 x 60 kaki sudah terbakar keseluruhannya,” katanya.
Menurutnya, pasukan bomba menggunakan empat pancutan daripada sumber air tangki jentera dan air laut berhampiran.
“Kebakaran dapat dikawal pada jam 4.32 petang dan pasukan bomba menjalankan pemeriksaan akhir bagi memastikan kawasan tersebut dalam keadaan selamat sebelum operasi ditamatkan.
“Pasukan bomba masih menjalankan siasatan bagi mengetahui punca kebakaran dan anggaran kerugian yang dialami mangsa,” katanya.
utusanborneo.com.my/2022/01/03 |