CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 471|Reply: 1

[Sarawak] Pemancing jumpa mayat terapung

[Copy link]
Post time 3-1-2022 11:20 AM | Show all posts |Read mode


Anggota bomba berjaya mengangkat keluar mayat terbabit dari tasik.

MIRI: Seorang kaki pancing terkejut apabila objek terapung yang disangkanya patung rupa-rupanya mayat seorang lelaki di tasik berdekatan perumahan Senadin di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari berkata mayat lelaki yang belum dikenal pasti identiti dan umur itu ditemui saksi kejadian yang sedang memasang pukat di tasik berkenaan sekitar jam 9.30 pagi.

"Lelaki terbabit pada mulanya menyangka mayat itu patung, namun setelah melihat pada jarak dekat, ia ternyata mayat manusia.

"Sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima laporan mengenai penemuan mayat terbabit," katanya ketika dihubungi.

Mayat tersebut berjaya diangkat keluar dari tasik oleh sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng.

Menurut sumber, mayat terbabit pada mulanya ditemui dalam keadaan terlentang di sebalik rumpunan bunga teratai air dan lengkap berpakaian berwarna hitam bersama kasut.

Turut ditemui pada mangsa adalah seutas jam tangan pada pergelangan tangan sebelah kirinya.

Sehubungan itu, mayat mangsa dibawa ke Hospital Miri untuk proses bedah siasat.

Susulan penemuan itu, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.


utusanborneo.com.my/2022/01/03
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2022 02:15 PM | Show all posts
nampak gaya macam mayat tersebut positif covid

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 01:51 AM GMT+8 , Processed in 0.042350 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list