CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 939|Reply: 0

[Sarawak] Makmal bincang pembangunan Gedong diadakan bulan ini

[Copy link]
Post time 3-1-2022 12:04 AM | Show all posts |Read mode


Abang Johari (duduk tengah) merakamkan gambar bersama masyarakat Gedong ketika kunjungan hari ini. - Gambar UKAS

Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata makmal tersebut akan dianggotai pegawai-pegawai kanan kerajaan diketuai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri.
Turut terlibat dalam makmal itu kelak pihak residen, ketua-ketua masyarakat dan juga barisan kepimpinan dari kawasan Gedong sendiri.

“Kita perlu membincangkan secara terperinci mengenai tahap pembangunan ataupun pendekatan yang akan kita masukkan dalam pelan induk pembangunan bagi kawasan Gedong.
“Selepas sahaja diputuskan dalam makmal tersebut, kita akan laksanakannya,” katanya ketika ditemui ketika kunjungan ke Gedong hari ini.

Kunjungan tersebut adalah untuk bertemu dan berterima kasih kepada penduduk di Gedong atas sokongan pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN12) lepas.

Tambah Abang Johari, Gedong dan Simunjan akan dibangunkan sebagai bandar baharu dalam satu pembangunan jalan raya dari Lebuhraya Pan Borneo.

Menerusi pembangunan ini katanya jalan raya sedia ada akan diperbesarkan dan menjurus ke Kota Samarahan, Sebuyau dan Lingga.

Ini katanya akan memberi limpahan pembangunan ke kawasan tersebut serta penduduknya.

Hadir sama Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Dato Sri Mohamad Abu Bakar Marzuki, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan Awla Dris serta yang lain.


utusanborneo.com.my/2022/01/02
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 01:56 AM GMT+8 , Processed in 0.049335 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list