|
KIDMAN memegang watak sebagai Lucille Ball dalam filem Being the Ricardos.
MENGINJAK usia 54 tahun pelakon Hollywood, Nicole Kidman mendedahkan dirinya tidak lagi menjadi pilihan syarikat produksi untuk mengambilnya berlakon dalam sesebuah filem.
Kata Kidman, dia kehilangan banyak tawaran berlakon selepas usia 40 tahun dan menyifatkan karier lakonannya kini semakin merudum disebabkan faktor usia.
Jika dulu Kidman digelar sebagai 'ratu filem', namun kini hayatnya dalam dunia perfileman Hollywood mungkin tidak lama.
"Ada segelintir pihak berpendapat bahawa jika seseorang pelakon wanita itu mencecah usia 40 tahun, maka kerjaya lakonannya sudah berakhir.
"Saya pernah ditolak beberapa penerbit filem dan stesen televisyen kerana faktor usia. Dunia industri hiburan Hollywood sebenarnya sangat kejam," katanya.
Biarpun dirinya dikatakan sudah tidak 'laku' namun dia masih diberi peluang membintangi naskhah baharu iaitu sebuah filem berjudul Being the Ricardos.
Ia mengisahkan seorang wanita yang dianggap 'tidak laku' untuk berkarya selepas usianya mencecah 39 tahun.
Beralih mengenai pembabitannya dalam Being The Ricardos, Kidman mengakui dia hampir menarik diri untuk menjayakan projek terbabit kerana ada yang mempertikaikan kemampuannya untuk menjayakan karakter Lucille Ball.
"Saya juga insan biasa yang ada hati dan perasan. Saya hampir menarik diri kerana mungkin saya tidak sesuai menjayakan filem ini.
"Bagaimanapun saya mendapat sokongan dan kekuatan daripada orang sekeliling termasuk pihak produksi yang yakin dengan kemampuan saya," katanya.
Dalam masa sama, Kidman juga mendedahkan dirinya pernah di desak untuk membangunkan syarikat produksi sendiri yang kini dinamakan Blossom Films selepas namanya sering ditolak atas faktor usia.
Bagaimanapun syarikat produksi yang dibangunkan nyata membuahkan hasil apabila Kidman berjaya menerbitkan beberapa drama TV popular seperti Big Little Lies, The Undoing and Nine Perfect Strangers.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|