CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1329|Reply: 7

Dugaan Zoe Kravitz berlakon dengan kucing dalam ‘The Batman’

[Copy link]
Post time 29-12-2021 11:21 AM | Show all posts |Read mode

Filem The Batman dijangka temui penonton Mac tahun depan.

PELAKON filem The Batman yang membawa watak Catwoman iaitu Zoe Kravitz mengakui berdepan cabaran menjalani penggambaran bersama beberapa ekor kucing dalam naskah terbaharu itu.

Menurut laporan Slashfilm, Zoe berkata dia dan kru terpaksa mengikut ragam kucing-kucing tersebut sepanjang berada di set penggambaran.

Sifat haiwan comel ini yang tidak duduk diam menyebabkan proses penggambaran tergendala dan terganggu.

"Susah juga berlakon dengan haiwan ini, antara paling lucu berlakon dengan kucing apabila kita dah siap nak mulakan penggambaran tapi kucing-kucing ini masih bermain dengan permainan mereka.

"Pengalaman berlakon dengan kucing sangat mencuit hati kerana kita tak boleh nak menyuruh ia melakukan apa yang kita mahu," katanya.



Ramai teruja menantikan filem The Batman.

Bukan itu sahaja, Zoe juga berkata proses penggambaran memerlukan lebih banyak masa kerana mereka perlu mengulangi beberapa adegan bersama kucing-kucing itu di tempat yang sama daripada sisi berbeza.

The Batman arahan Matt Reeves dijangka akan menemui penonton seluruh dunia bermula 4 Mac tahun depan.

Istimewanya dalam filem kali ini turut menampilkan lebih banyak adegan bersama watak adiwira Catwoman.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2021 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Zoe ni banyak jugak berlakon filem2 yg big budget eh. Fantastic beast, X-Men etc. Ni Batman pulak. Aku tgk dia berlakon, boleh boleh la. Nak kat hebat sangat, mcm x je.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2021 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
cyber_mania replied at 29-12-2021 12:26 PM
Zoe ni banyak jugak berlakon filem2 yg big budget eh. Fantastic beast, X-Men etc. Ni Batman pulak. A ...

Tapi filem2 tu dia bawak watak pembantu je, dalam Batman ni je nampak jadi watak utama
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2021 01:58 PM | Show all posts
X sabar!!!
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2021 03:22 AM From the mobile phone | Show all posts
cyber_mania replied at 29-12-2021 12:26 PM
Zoe ni banyak jugak berlakon filem2 yg big budget eh. Fantastic beast, X-Men etc. Ni Batman pulak. A ...

I suka dia dlm x-men tp xtau la kenapa x rasa dia sesuai watak cat woman. Excited nk tgk dari 2020 lg tp asik delay, lepas tu spiderman NWH pulak best gila, jd sedikit turn off nk tgk batman ni. Nk sgt tgk pon sbb ada RP tgk trailer mcm x best
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2021 10:46 AM | Show all posts
surikayu jah dia ni masa berlakon fantastic beast tu. xpe laa iols tetap minat bapak sheol si Lenny Kravitz pun cukup lahh.. anak dia so so jer.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-1-2022 12:55 PM | Show all posts
Tgk trailler mcm best je die berlakon...
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2022 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia berlakon best dalam Big Little Lies
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 06:19 AM GMT+8 , Processed in 0.124910 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list