CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 547|Reply: 0

[Sarawak] MATTA dakwa enterSarawak tambah beban industri pelancongan

[Copy link]
Post time 28-12-2021 01:26 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 28-12-2021 05:27 AM



KUCHING: Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Cabang Sarawak memohon agar Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) memudahkan proses permohonan kemasukan menerusi enterSARAWAK.


Pengerusi MATTA Cabang Sarawak, Oscar Choo berkata maklum balas diterima daripada para pemohon, enterSARAWAK didakwa tidak mesra pengguna, menyukarkan dan menyebabkan kebimbangan susulan daripada pengesahan pada saat akhir.

Hampir semua penggiat industri pelancongan melalui pengalaman sama ketika membantu dan memberi tunjuk ajar kepada pelawat mereka berkaitan permohonan enterSARAWAK - sedangkan mereka sendiri juga tidak tahu bagaimana permohonan itu berfungsi.

Lebih memburukkan keadaan, panggilan telefon ke JPBNS jarang dijawab bagi meminta penjelasan berkaitan, jelasnya.

“Ada pemohon bernasib baik kerana mendapat bantuan ejen pelancongan yang telah mereka tempah untuk lawatan mereka namun bagaimana pula dengan pemohon yang tidak mempunyai hubungan sedemikian," soalnya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Senario lain ialah apabila JPBNS hanya meluluskan sehari sebelum tarikh berangkat ke Sarawak, justeru ini menyebabkan pelanggan tidak selesa untuk membayar ejen pelancongan bagi pakej yang ditempah sama ada deposit atau bayaran penuh, katanya lagi.

Choo berkata, persoalan yang timbul kini adalah bagaimana jika permohonan tidak diluluskan dan apakah yang akan berlaku kepada deposit, bayaran penginapan dan penerbangan.

Katanya kesemua soalan berkenaan menyebabkan perniagaan amat sukar bagi ahli persatuan kerana mereka tidak mempunyai keyakinan atau jawapan bagi memastikan pelanggan bahawa mereka pasti akan mendapat kelulusan.

“Memandangkan kita sedang mempromosikan perjalanan antara negeri, kami dimaklumkan bahawa pengendali atau rakan kongsi pelancongan dari negeri lain di Malaysia merasakan bahawa permohonan enterSARAWAK sangat menyusahkan sehingga mereka lebih suka mengalihkan pelanggan mereka ke negeri lain,” tegasnya.

Jelasnya MATTA Sarawak bukan sahaja menghadapi waktu yang sukar dalam perniagaan tetapi turut dibebani kerana syarat kemasukan yang tidak berkesan dan gagal.

“Adalah menjadi harapan kami agar syarat kemasukan yang lebih mudah disediakan oleh JPBNS bagi membolehkan pemohon memasuki negeri ini dengan senang dan yakin.

“Dalam tempoh yang amat sukar ini, industri pelancongan cuba sedaya upaya untuk bertahan dan mengharungi wabak yang tidak berkesudahan, namun enterSARAWAK menambah beban dan bukannya membantu industri pelancongan,” katanya.


utusanborneo.com.my/2021/12/28
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 01:59 PM GMT+8 , Processed in 0.044880 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list