CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1135|Reply: 2

Pengaruh fesyen G-Dragon diiktiraf

[Copy link]
Post time 28-12-2021 11:24 AM | Show all posts |Read mode

G-DRAGON

Pengaruh fesyen G-Dragon diiktiraf

SEBARIS nama G-Dragon sudah tidak asing lagi sebagai selebriti dan artis K-pop paling berpengaruh dalam fesyen.

Penyanyi itu ternyata masih berbisa apabila tersenarai di tangga tiga teratas bagi kategori selebriti untuk Fashion IP List 2021.

Daftar tersebut dikeluarkan oleh sumber platform kerjasama Sunthchi, Fashion Exchange dan platform data Alibaba, CBNData.

Membuktikan pesona dimilikinya bukan calang-calang, anggota kumpulan Big Bang itu meletakkan dirinya melepasi beberapa nama besar lain seperti Rihanna, Justin Bieber, Ariana Grande dan Beyoncé.

Senarai berkenaan membariskan IP (intellectual property) fesyen global paling bernilai di China seperti industri pereka fesyen, jenama pereka fesyen, selebriti, artis dan influencer.

Pengaruh mereka dinilai berdasarkan tiga standard ditetapkan iaitu indeks penggunaan, kekerapan carian dalam enjin carian Baidu dan populariti menerusi laman Sina Weibo.

Dalam senarai tersebut, menduduki tangga pertama ialah aktor dari China iaitu Shawn Yue, diikuti supermodel terkenal negara tersebut, Liu Wen dan kemudian G-Dragon.

SumbeR:https://www.kosmo.com.my/2021/12 ... g-dragon-diiktiraf/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2021 03:11 PM | Show all posts
Org panggil high fashion eh? Tapi iols rasa mcm sometime mengarut je cara pemakaian dia.
HAhahahah~
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2021 04:18 PM | Show all posts
Dia pandai mengayakan sesuatu style pakaian tu hingga ia boleh jadi ikutan tak ramai yang ada kebolehan macam tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 12:55 PM GMT+8 , Processed in 0.100367 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list