CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1371|Reply: 2

Rakan-rakan Gempar Salman Khan Dipatuk Ular

[Copy link]
Post time 27-12-2021 11:29 AM | Show all posts |Read mode
Menjelang hari ulang tahun kelahiran ke-56 pada Isnin, aktor terkenal Bollywood Salman Khan dikejarkan ke Hospital Kamothe di Mumbai selepas dipatuk ular.



Insiden itu berlaku ketika pelakon berkenaan duduk sambil berbual dengan rakan-rakan di rumah ladangnya di Panvel.





Kredit foto: IG Salman




Bagaimanapun, peminat Salman tidak perlu bimbang kerana pelakon itu kini berada dalam keadaan baik apabila difahamkan dia dipatuk ular yang tidak berbisa.



Selepas enam jam menerima rawatan di hospital, Salman dibenarkan keluar dari hospital dan kini sedang berehat di rumah ladangnya itu.





Kredit foto: IG Salman




Sumber rapat dengan pelakon itu mendedahkan kepada IndiaToday.in bahawa Salman merancang untuk meraikan hari ulang tahun kelahirannya secara sederhana.



Itulah sebabnya Salman turut menjemput beberapa rakan dan ahli keluarga terdekat ke rumah ladang itu.





  



"Kejadian berlaku pada malam Sabtu ketika dia sedang duduk dan berborak dengan rakan-rakannya. Dia kemudian merasakan lengannya disentuh secara tiba-tiba dan terus menyentaknya.



"Ketika itulah rakannya ternampak ular itu dan mereka segera panik dan menjerit meminta tolong," kata sumber itu.





Sumber: mStar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2021 12:23 PM | Show all posts
Ular jenis apa yg patuk SK itu?
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2021 01:34 PM | Show all posts
ular apa tu bang salman? ular bang salman okey tak?? ehhhhhhh!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 12:51 PM GMT+8 , Processed in 0.041953 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list