KUCHING: Bagi masyarakat yang tidak pulang ke kampung menyambut perayaan Hari Krismas ini, cuti umum tersebut digunakan untuk beriadah dan melawat tempat menarik bersama keluarga di bandar ini.
Tinjauan Suara Sarawak di Borneo Happy Farm di Jalan Batu Kawa-Bau hari ini mendapati, kebanyakan pengunjung bukan sahaja terdiri daripada masyarakat Kristian, malah kaum lain turut tidak melepaskan peluang menggunakan cuti umum ini untuk bersiar-siar.
Sebahagian pengunjung dan ibu bapa juga dilihat mengambil peluang dengan membawa anak-anak mereka sempena Hari Krismas dan cuti sekolah ke Happy Borneo Farm.
Di Borneo Happy Farm ini, pelbagai jenis haiwan dan tumbuhan berada di kawasan ini menjadikan ia sebagai tempat lawatan yang cukup menarik. Berkeluasan 130 ekar, pengunjung dapat menyaksikan haiwan ternakan dengan lebih dekat dan pelbagai spesis tumbuhan yang mungkin kita tidak dapat lihat di tempat lain.
Pekerja Borneo Happy Farm menunjukkan ular untuk pengunjung mengambil gambar
pengunjung memberi makan tikus belanda di Borneo Happy Farm
Pengunjung beratur untuk mendapatkan hadiah Lucky Draw dari Borneo Happy Farm by suaraswk
December 25, 2021
|