CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 567|Reply: 2

[Sarawak] Banjir: KKM nasihat golongan berisiko akur jika diarah berpindah

[Copy link]
Post time 26-12-2021 03:48 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 26-12-2021 08:21 AM



Gambar hiasan

Orang ramai diminta sedia hadapi kemungkinan banjirKUCHING: Orang ramai khususnya yang terdedah kepada banjir diminta bersedia dengan sewajarnya untuk menghadapi kemungkinan keperluan pemindahan.

Pejabat Ketua Menteri menerusi satu kenyataan hari ini berkata, mereka yang terdedah juga diminta mematuhi amaran Jabatan Meteorologi (MetMalaysia).

“Orang ramai supaya mematuhi amaran MetMalaysia, khususnya mereka yang tinggal di kawasan yang terdedah kepada banjir dan bersedia dengan sewajarnya menghadapi kemungkinan keperluan pemindahan seperti yang diarahkan pihak berkuasa,” katanya.

Menurutnya MetMalaysia telah mengeluarkan nasihat pada Rabu mengenai kemungkinan hujan lebat berterusan di bahagian barat Sarawak minggu depan.

MetMalaysia memaklumkan berdasarkan analisis sistem cuaca terdapat potensi hujan lebat berterusan dari 27 hingga 29 Disember berikutan lonjakan monsun.


utusanborneo.com.my/2021/12/25

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-12-2021 04:17 PM | Show all posts


JPBN Johor,Sabah & Sarawak Sentiasa Berwaspada Amaran Hujan Lebat Berterusan

KOTA KINABALU : Semua Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) di Johor, Sabah dan Sarawak diminta untuk sentiasa berwaspada dengan Amaran Hujan Lebat Berterusan daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia).

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat dalam satu kenyataan berkata, JPBN juga perlu mengambil tindakan awalan untuk membuka Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB).

Kenyataan itu turut memaklumkan JPBN juga perlu memaklumkan agensi- agensi responder untuk bersiap siaga untuk operasi termasuk pembukaan PKTK, PPS dan penyelarasan bantuan dari badan bukan kerajaan (NGO).

“Setiap PKOB Negeri telah diarahkan untuk mengemukakan laporan kawasan-kawasan yang masih mengalami banjir dan yang telah surut (memasuki fasa pasca bencana dan pemulihan awal).

“PKOB juga telah  memaklumkan kepada pihak Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) mengenai keperluan untuk atur gerak pam bagi  operasi mengeluarkan air di kawasan banjir genang.

“Pihak NADMA telah dan sedang menyelaras bantuan-bantuan logistik yang diperlukan antaranya membawa unit pam JPS dari Ipoh ke Taman Sri Muda dan Mentakab,” kata kenyataan itu disini semalam.

NADMA dalam kenyataan itu berkata, PKOB Pusat turut dimaklumkan PKOB Terengganu bahawa negeri berkenaan telah memasuki fasa pasca sepenuhnya pada 21 Disember lalu.

Menurut kenyataan itu,bagi menghadapi kemungkinan banjir berlaku di Pahang berikutan ramalan luruan monsun bermula 27 Disember 2021, pihak APM Terengganu akan menghantar pasukan bagi membantu kesiapsiagaan negeri Pahang.

“NADMA ingin mengucapkan terima kasih kepada semua terutamanya kepada mereka di lapangan yang telah dan masih lagi gigih berusaha menyelamat dan menguruskan mereka yang terkesan akibat bencana banjir.

“Penghargaan juga buat semua Keluarga Malaysia yang  sama-sama menabur bakti. NADMA juga ingin mengingatkan semua yang berada di lapangan agar langkah-langkah sewajarnya diambil untuk mengekang penularan COVID-19 terutamanya mangsa-mangsa yang berpindah ke PPS.

“Usaha kita akan lebih berjaya dengan pengurusan penyelarasan yang baik agar agihan bantuan dapat dibuat dgn tepat dan teratur.,” katanya.

NADMA menambah, bagi mereka yang terkesan dengan bencana banjir, selain daripada talian Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) 03- 8064 2400, orang ramai juga boleh menghubungi talian MyGCC 03-80008000 sebagai alternatif talian informasi bencana. Maklumat terkini bencana juga turut dikongsi di media sosial.


sabahmedia.com/2021/12/26

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2021 04:22 PM | Show all posts



Banjir: KKM nasihat golongan berisiko akur jika diarah berpindah

Info grafik Kementerian Kesihatan Malaysia

KUCHING: Orang ramai terutama yang tinggal di kawasan berisiko banjir terutama ibu mengandung, warga emas dan mengalami penyakit kronik dinasihat melakukan persiapan awal sebelum kemungkinan berlakunya banjir.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi infografik yang dimuatnaik dalam Facebook rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) pada Sabtu juga menasihati golongan berkenaan mematuhi arahan berpindah dikeluarkan pihak berkuasa.

"Wanita dan ibu hamil jika diarah berpindah, perlu membawa bersama kad pemeriksaan mengandung, keperluan peribadi seperti tuala wanita, keperluan bayi atau anak serta bekalan ubat.

"Manakala ibu hamil yang hampir bersalin diminta segera memaklumkan kepada pihak kesihatan," kata KKM.

Bagi pesakit kronik yang sedang mendapatkan rawatan, KKM menasihati mereka membawa bersama buku rekod perubatan, keperluan peribadi serta bekalan ubat jika diarah berpindah.

"Ahli keluarga pesakit yang terlantar sakit dan pesakit perlu menjalani haemodialisis pula dinasihati memindahkan pesakit berkenaan serta menghubungi pejabat kesihatan untuk khidmat nasihat selanjutnya," tambah KKM.

KKM turut menasihati orang ramai mengamalkan sembilan langkah mengelak penyakit berkaitan banjir iaitu mengelak daripada bermain atau berendam air banjir kerana air banjir tercemar dengan limpahan najis dari tangki septik, najis haiwan dan bangkai haiwan.

Langkah-langkah seterusnya ialah petugas agensi-agensi berkaitan perlu memakai perlindungan diri semasa operasi memindahkan mangsa banjir, segera membersihkan badan jika terkena air banjir menggunakan air bersih, mencuci tangan dengan betul dan sentiasa menjaga kebersihan diri dan tidak menggunakan air banjir untuk membersihkan diri.

"Mangsa banjir atau pihak berwajib harus sentiasa menggunakan air bersih atau air berbotol untuk minum, cuci makanan, peralatan dan diri, pastikan pusat pemindahan sementara banjir sentiada dalam keadaan bersih supaya lalat dan tikus tidak berhurung, semasa mencuci rumah dan persekitaran selepas banjir pastikan anda memakai perlindungan diri.

"Pastikan air dan makanan dimasak didahulu sebelum diminum atau dimakan. Segeralah mendapatkan rawatan sekiranya demam dalam tempoh 30 hari selepas kerja pembersihan," kata KKM lagi.

KKM menambah antara penyakit yang dikaitan dengan banjir ialah cirit birit, jangkitan kulit, keracunan makanan, taun, malaria dan demam kepialu.

Pejabat Ketua Menteri menerusi kenyataan pada Sabtu (25 Disember 2021) menggesa orang ramai khususnya yang terdedah kepada banjir diminta bersedia dengan sewajarnya untuk menghadapi kemungkinan keperluan pemindahan.

Kenyataan itu menambah mereka yang terdedah juga diminta mematuhi amaran Jabatan Meteorologi (MetMalaysia).

“Orang ramai supaya mematuhi amaran MetMalaysia, khususnya mereka yang tinggal di kawasan yang terdedah kepada banjir dan bersedia dengan sewajarnya menghadapi kemungkinan keperluan pemindahan seperti yang diarahkan pihak berkuasa,” katanya.

Menurutnya MetMalaysia telah mengeluarkan nasihat pada Rabu mengenai kemungkinan hujan lebat berterusan di bahagian barat Sarawak minggu depan.

MetMalaysia memaklumkan berdasarkan analisis sistem cuaca terdapat potensi hujan lebat berterusan dari 27 hingga 29 Disember berikutan lonjakan monsun.


utusanborneo.com.my/2021/12/26

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 01:58 PM GMT+8 , Processed in 0.046124 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list