CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 506|Reply: 0

[Sarawak] Omicron dibimbangi beri tekanan semula kepada sistem hospital

[Copy link]
Post time 26-12-2021 03:40 PM | Show all posts |Read mode


Dr Sim (kanan) melawat Hospital Umum Sarawak (HUS) baru-baru ini.

KUCHING: Bilangan kes positif COVID-19 yang teruk mungkin masih memberi tekanan kepada doktor, jururawat dan sistem hospital di negeri ini melebihi kapasiti maksimum berikutan penularan varian Omicron.

Bekas Penasihat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), Dato Sri Dr Sim Kui Hian berkata  varian Omicron menular ke Sarawak lebih awal daripada yang dijangkakan susulan pembukaan semula sempadan negara dan negeri.

“Berita baiknya, kajian perubatan baru-baru ini mengenai varian Omicron menunjukkan ia tidak menyebabkan pesakit yang dijangkiti menjadi lebih teruk berbanding varian Delta.

“Tetapi, varian Omicron merebak lebih pantas dan mudah berbanding varian Delta,” katanya menerusi catatan di Facebooknya.

Berikutan penularan varian Omicron di Sarawak, Dr Sim yang juga bekas Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan meminta masyarakat supaya tidak panik kerana panik tidak akan membantu.

Sebaliknya menurut beliau setiap masyarakat perlu lebih berwaspada dan memainkan peranan masing-masing bagi mengekang penularan varian Omicron.

“Skala kembali acara sosial. Lindungi diri dan keluarga anda dengan kunjungan Krismas dan Tahun Baru hanya untuk keluarga terdekat.

“Jaga penjarakan fizikal, pakai pelitup muka, cuci tangan dan yang paling penting dapatkan suntikan vaksin segera,” kata pemenang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kawah itu.

Dr Sim dalam pada itu berkata beliau akan terus membantu JPBNS dan pasukan sebagai pakar perubatan swasta secara tidak rasmi sehingga ahli-ahli kabinet negeri mengangkat sumpah kelak.

Dalam pada itu, setakat ini lima kes varian Omicron dikesan di Sarawak dengan terbaru melibatkan lelaki warga China berusia 38 tahun yang disahkan positif varian Omicron pada 23 Disember.  

Lelaki berkenaan menurut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin bekerja di sebuah syarikat kejuruteraan di Sarawak selama tiga tahun dan berkemungkinan jangkitan tempatan.


utusanborneo.com.my/2021/12/26

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 01:47 PM GMT+8 , Processed in 0.116386 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list