CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 665|Reply: 1

[Sabah] Jabatan Kesihatan Sabah nafi ambil organ dalaman mayat...

[Copy link]
Post time 25-12-2021 06:54 PM | Show all posts |Read mode
Jabatan Kesihatan Sabah nafi ambil organ dalaman mayat warga Indonesia

Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu. FOTO KHAIRULL AZRY BIDIN

Kota Kinabalu: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) menafikan dakwaan laporan sebuah media Indonesia, mengenai pengambilan organ dalaman daripada seorang warga negara itu yang meninggal dunia, selepas dibedah siasat dijalankan pada 7 Disember lalu di Hospital Queen Elizabeth di sini.

Pengarah JKNS Datuk Dr Rose Nani Mudin berkata, semua organ dikembalikan bersama jenazah dikenali Sadiman Hamal, 38, apabila ditemukan meninggal dunia di sebuah kapal pada 1 Disember lalu, sebelum disahkan kematiannya berpunca daripada jangkitan paru-paru dan sakit jantung.

Katanya, setiap sampel tisu yang diambil adalah berukuran 1 inci x 1 inci (2.54 sentimeter x 2.54 sentimeter), dan pegawai perubatan forensik sudah menerangkan kepada saudara mangsa bahawa beberapa sampel tisu kecil dari organ akan diambil, untuk dihantar ke makmal bagi mengetahui punca kematian.

"Pihak hospital dimaklumkan polis, mangsa tidak mempunyai waris terdekat di negara ini namun polis berjaya mengesan beberapa individu yang mengaku saudara Sadiman, serta mengenali waris terdekatnya di Indonesia sebelum seorang daripada mereka membuat pengecaman mayat mangsa," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dr Rose Nani berkata, pegawai perubatan forensik yang mengendalikan bedah siasat itu sudah menerangkan keputusan bedah siasat kepada saudara mangsa, dan individu berkenaan akan menyampaikan maklumat kepada waris mangsa di Indonesia.

Beliau berkata, pihak majikan juga sudah menguruskan proses penghantaran jenazah yang dimandikan dan dikafankan, sebelum dihantar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada 17 Disember dan jenazah selamat tiba di Indonesia pada 20 Disember lalu.

"JKNS menyampaikan rasa simpati kepada keluarga mangsa dan semua urusan bedah siasat serta proses penghantaran mayat mengikut garis panduan yang ditetapkan," katanya.

Baru-baru ini media tempatan Indonesia mendakwa jenazah yang berasal dari Polewali Mandar, Indonesia yang bekerja di Sabah, dihantar kepada waris tanpa organ dalaman.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... yat-warga-indonesia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2021 07:24 PM | Show all posts
apekehalnya mesia susah payah pasal warga sorang nie ye??yg mati kt tapak pembinaan kambus trus ape cite...eh...sentap plak aku pasal warga nie...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 01:59 PM GMT+8 , Processed in 0.043918 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list