CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 546|Reply: 0

[Sarawak] Remaja perempuan didakwa bunuh bayi sendiri

[Copy link]
Post time 23-12-2021 07:06 PM | Show all posts |Read mode


Tertuduh (dua kiri) diiringi polis semasa berada di lobi Mahkamah Kuching.

KUCHING: Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh bayi perempuan yang baru dilahirkannya dalam satu kejadian pada awal Januari tahun ini.

Tiada pengakuan direkodkan daripada gadis berkenaan dan Majistret Zaiton Anuar memerintahkan kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi, namun tiada tarikh ditetapkan.
Sementara itu, tertuduh yang tidak diwakili peguam itu direman lanjut sehingga tarikh baharu yang akan ditentukan kelak.

Mengikut pertuduhan, gadis tersebut didakwa melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian terhadap bayinya yang baru lahir, dalam satu kejadian pada 13 Januari 2021, jam 9.15 malam di sebuah apartmen di Jalan Bukit Mata, di sini.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Media melaporkan, mayat bayi sempurna sifatnya itu ditemui di atas jalan berdekatan apartmen di Jalan Bukit Mata oleh pengawal keselamatan bertugas.

Tambah laporan itu juga, mayat bayi terbaring di tempat kejadian dijumpai dengan kecederaan parah di kepala.

Siasatan polis di lokasi katanya, seterusnya membawa kepada tangkapan tertuduh yang dipercayai ibu kepada bayi terbabit, di bilik di sebuah hotel berdekatan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd Adzmei Ahmad.


utusanborneo.com.my/2021/12/23

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 10:47 PM GMT+8 , Processed in 0.049003 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list