CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 546|Reply: 0

[Sarawak] Penganut Kristian diingatkan terus patuh SOP semasa Krismas, bantu bendung wabak COVID-19

[Copy link]
Post time 23-12-2021 06:59 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Semua penganut Kristian, keluarga terdekat dan rakan-rakan yang lain digesa untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berwajib semasa sambutan Hari Krismas yang bakal menjelang.

Pengerusi Persatuan Gereja-Gereja Sarawak (ACS) Uskup Agung Simon Poh (gambar) berkata, penganut Kristian digesa untuk mematuhi SOP ditetapkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dan Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) bagi membendung wabak COVID-19 yang masih berlaku.

"Saya berterima kasih kepada UNIFOR kerana membincangkan SOP untuk rumah ibadat yakni gereja boleh dibuka untuk sambutan Krismas dengan pematuhan kepada SOP keselamatan yang betul.

"Sebagai orang Kristian kami komited untuk memastikan keselamatan semua orang dalam perjuangan membendung wabak ini," katanya kepada Utusan Borneo, hari ini.

Menurut Poh, ACS menyokong SOP yang dikeluarkan pada 17 Disember lepas, dan percaya bahawa pematuhan yang dikenakan telah difikirkan dengan teliti untuk memastikan keselamatan semua rakyat di Sarawak.

Katanya, pada masa yang sama beliau memberi penghargaan kepada semua ketua dan pemimpin gereja masing-masing di Sarawak atas kerjasama dan sokongan dalam mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh SDMC dan UNIFOR sejak dua tahun lepas.

"Ini telah berkesan menghalang gereja menjadi punca wabak bagi kluster baharu dan dengan cara ini, saya bersyukur kerana gereja-gereja telah menyumbang banyak untuk membantu membendung wabak ini di Sarawak," katanya.

Beliau berkata, secara tradisinya gereja Katolik dan Anglikan akan mengadakan rumah terbuka sempena Hari Krismas dimana pemimpin negeri serta pelbagai pemimpin rohani akan menyertai perayaan terbabit.

Poh yang juga Uskup Agung Gereja Roman Katolik Kuching berkata bagaimanapun beliau bersama Biskop Gereja Anglikan di Sarawak dan Brunei, Datuk Danald Jute telah memutuskan bahawa Gereja Anglikan dan Katolik tidak akan menganjurkan Rumah Terbuka Krismas bagi membantu mengurangkan pergerakan sosial.

"Atas sebab yang sama, pada 21 November lepas, Ketua-ketua Gereja dibawah ACS masing-masing juga telah bersetuju bahawa gereja tidak akan mempromosikan caroling dari rumah ke rumah kerana pergerakan seperti itu walaupun oleh kumpulan caroling yang lebih kecil boleh meningkatkan pergerakan sosial dari rumah ke rumah.

"Bagi mengisi kekosongan Krismas ini, kami telah memutuskan untuk menganjurkan Sembahyang Krismas Bersama secara maya kerana kami tidak dapat mengadakannya secara peribadi pada Disember ini. Ini telah dilancarkan secara rasmi pada Rabu (22 Disember) dengan tema "HOPE"," tegasnya.

Sehubungan itu sempena dengan tema "Harapan" itu beliau merayu kepada semua orang sempena sambutan Krismas ini agar bersedia untuk menghulurkan bantuan untuk membawa harapan dan kegembiraan Krismas.

Katanya ia termasuk bencana banjir baru-baru ini di Semenanjung yang telah memusnahkan banyak rumah keluarga.

"Marilah kita menderma kepada mangsa-mangsa ini yang perlu membina semula kehidupan mereka," katanya.


utusanborneo.com.my/2021/12/23
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 10:44 PM GMT+8 , Processed in 0.052965 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list