CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 482|Reply: 0

[Sabah] Sabah rekod jumlah pelaburan ketiga terbesar di seluruh negara

[Copy link]
Post time 23-12-2021 06:37 PM | Show all posts |Read mode


PELABURAN: Hajiji (duduk kanan) bersama dengan Ahli Lembaga Pengarah ISB. Turut kelihatan Safar (berdiri dua kanan), Rusdin (berdiri empat kiri), Madiyem (duduk kiri).

KOTA KINABALU: Sabah berjaya peroleh sebanyak tujuh pelaburan dengan nilai keseluruhan berjumlah RM4.4 bilion menjadi pelaburan negeri ketiga terbesar di seluruh negara untuk separuh pertama tahun ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, kesemua pelaburan berkenaan membabitkan sektor pembuatan yang diluluskan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Katanya, Sabah merekodkan jumlah pelaburan ketiga terbesar selepas Kedah  yang merekodkan jumlah RM42.6 bilion dan Selangor (RM4.6 bilion).

Menurutnya, semua pihak perlu terus bekerjasama untuk mengekalkan momentum dan pada masa sama menjangkakan tahun yang lebih produktif.

"Kita mahu melihat lebih banyak sinergi antara agensi negeri dan Persekutuan bagi mendorong agenda pelaburan Sabah.

"Semasa mesyuarat pertama Lembaga Pengarah Invest Sabah Berhad (ISB), saya maklumkan supaya semua kekangan yang menghalang pelaburan ke Sabah perlu dihapuskan akibat karenah birokrasi yang dihadapi oleh pelabur yang hanya akan menjejaskan usaha menarik pelabur ke Sabah.

"Sehubungan itu, semua pihak perlu memainkan peranan untuk menghapuskan halangan ini bagi memudahkan pelaburan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan mesyuarat kedua Lembaga Pengarah ISB di Menara Kinabalu di sini hari ini.

Hajiji yang juga Menteri Kewangan berkata, pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) disediakan untuk membimbing agenda pembangunan Sabah.

"Sehingga kini, kita membuat kemajuan dengan menandatangani tiga projek berimpak tinggi untuk memacu inisiatif SMJ dengan jumlah pelaburan RM10 bilion membabitkan projek Lok Kawi Resort City, kemudahan pembuatan kerajang tembaga dan Projek Kelapa Bersepadu.

"Lebih banyak projek berimpak tinggi bakal dilaksanakan dan saya berharap dengan pelaburan yang datang dari dalam dan luar negara, Sabah dan rakyat akan mendapat manfaat yang besar," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut berbesar hati memaklum di sebalik cabaran akibat pandemik COVID-19 sejak dua tahun lepas, tumpuan dan keazaman negeri untuk mencapai matlamat pembangunan tidak pernah goyah.

Menurutnya, kerajaan negeri mengambil pelbagai langkah untuk mengurangkan kesan negatif pandemik dan merangsang semula pertumbuhan ekonomi Sabah.

"Kami yakin pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan pelbagai pakej rangsangan oleh kerajaan Persekutuan akan memacu usaha pemulihan ekonomi Sabah.

"Justeru, sudah tiba masanya untuk kita bergerak ke hadapan untuk melaksanakan semua rancangan," katanya.

Terdahulu, Hajiji memberi penghormatan kepada Allahyarham Datuk Tan Kim Beng, ahli lembaga ISB yang meninggal dunia awal tahun ini.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Safar Untong; Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Datuk Rusdin Riman; dan Ketua Pegawai Eksekutif ISB Datuk Madiyem Layapan.


utusanborneo.com.my/2021/12/23

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 10:54 PM GMT+8 , Processed in 0.053273 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list