Edited by Vellfire at 24-12-2021 10:38 AM
Kes COVID-19 di Sabah menurun kepada 161 kes
KOTA KINABALU: Jumlah kes baharu COVID-19 di Sabah hari ini merekodkan penurunan sebanyak 41 kes dengan jumlah sebanyak 161 kes.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, hanya tujuh daerah mencatat jumlah kes baharu dua angka iaitu Tuaran, Kota Kinabalu, Papar, Penampang, Kota Belud, Putatan, dan Sandakan.
Katanya, enam daerah masing-masing mencatat satu kes sahaja dan tiga daerah tidak merekodkan sebarang kes baharu iaitu Kunak, Sipitang dan Kalabakan.
"Sebanyak 155 orang daripada 161 pesakit baharu adalah dalam kategori satu dan dua, manakala tiga orang dalam kategori tiga.
"Satu kes direkodkan masing-masing dalam kategori empat dan lima, manakala satu kes lagi masih dalam penilaian lanjut Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS)," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, Beaufort merekodkan sebanyak sembilan kes, diikuti Ranau dan Tenom masing-masing enam kes, Tambunan, Kota Marudu dan Tongod masing-masing lima kes, dan Kuala Penyu tiga kes.
Menurutnya, empat daerah merekodkan dua kes iaitu Semporna, Beluran, Keningau, dan Kudat, manakala Telupid, Lahad Datu, Kinabatangan, Nabawan, Pitas, dan Tawau masing-masing satu kes.
utusanborneo.com.my/2021/12/23 |