Edited by Vellfire at 23-12-2021 10:17 AM
COVID-19: Sarawak rekod 35 kes baharu, tiada kematian
KUCHING: Sarawak hari ini merekodkan 35 kes baharu COVID-19 yang menjadikan jumlah kumulatif di negeri ini meningkat kepada 252,129 kes.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) hari ini memaklumkan, daripada jumlah kes baharu itu, 33 kes adalah kategori satu dan dua manakala dua kes bagi kategori tiga, empat dan lima.
Menurutnya, bagi kategori satu (tiada gejala) sebanyak tujuh kes, kategori dua (gejala ringan) 26 kes, kategori tiga (jangkitan paru-paru) dan kategori empat (jangkitan paru-paru dan memerlukan oksigen) tiada kes dan kategori lima (jangkitan pari-paru dan memerlukan ventilator) dua kes.
“Kuching merekodkan kes harian tertinggi iaitu 10 kes diikuti Lawas (8), Sibu (4) manakala Miri dan Serian masing-masing (3).
“Sementara tujuh masing-masing merekodkan satu kes iaitu Bintulu, Lundu, Simunjan, Sarikei, Samarahan, Limbang dan Matu,” katanya.
JPBNS memaklumkan pada hari ini, tiada kes kematian direkodkan akibat jangkitan COVID-19.
utusanborneo.com.my/2021/12/23 |