KUCHING: Kakak Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg iaitu Dayang Mastijah Tun Abang Openg (gambar) meninggal dunia di kediamannya di Seri Minangkabau 1, Jalan Muhibbah di sini pada malam Rabu.
Menurut kenyataan, Allahyarhamah meninggal dunia kerana sakit tua pada usia 89 tahun.
Jenazah Allahyarhamah yang merupakan anak kedua daripada 10 beradik dijangka akan dikebumikan hari ini di Tanah Perkuburan Islam Semariang, Petra Jaya.
utusanborneo.com.my/2021/12/23 |