CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 636|Reply: 1

[Sabah] Ditikam Diperut, Kerani Pasar Raya Dirompak RM120,000 Di Tambunan

[Copy link]
Post time 22-12-2021 06:04 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Kerani pasar raya bukan sahaja kehilangan RM120,000, malah ditikam perompak dalam perjalanan ke sebuah bank, di pedalaman daerah Tambunan, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Keningau Nor Rafidah Kasim, berkata wanita berusia 20-an itu, dalam perjalanan mendepositkan pendapatan harian pasar raya, dalam kejadian yang berlaku pada 1 petang.

Beliau berkata, wanita berkenaan ditemani seorang rakan, namun mangsa terpaksa berpatah balik ke kereta untuk mendapatkan MyKad, manakala rakannya itu menunggu di bank berkenaan.

“Dalam perjalanan ke kereta, individu tidak dikenali yang memakai helmet motosikal dan berpakaian baju berwarna hitam secara mengejut menyerang mangsa, dan menikamnya di perut,” katanya.

Nor Rafidah berkata, suspek kemudian meragut beg yang mengandungi wang itu dan melarikan diri.

Kerani berkenaan kemudiannya dihantar ke Hospital Keningau bagi rawatan lanjut.

Polis melancarkan operasi mengesan suspek terbabit dengan bantuan video rakaman litar tertutup (CCTV) yang diperoleh di lokasi kejadian. – FMT


sabahpost.net/2021/12/22
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2021 11:26 PM | Show all posts
kwn tu p blk kete bwk duit??awat x tggl kt kwn yg dlm bank

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 10:34 PM GMT+8 , Processed in 0.098159 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list