CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1087|Reply: 20

[Sarawak] LANGSUNG: Keputusan PRN Sarawak ke-12

[Copy link]
Post time 18-12-2021 08:05 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FanTasyCreaTioN at 19-12-2021 07:22 AM

N27: SEBUYAU: SARAWAK: 9,367   

1. DATUK JULAIHI NARAWI     (GPS-PBB) 4,937   

2. Wan Chee Wan Mahjar            (PBK) 486   

3. Wel @ Maxwel Rojis                (Amanah) 803   

Jumlah undi/Votes cast 6,388   

Peratus/Percentage 68.2 % Undi ditolak/Rejected ballots 145   

Kertas undi tidak dikembalikan/Unreturned ballot paper/s 17   

Majoriti/Majority 4,134     

Penyandang/Incumbent: Datuk Julaihi Narawi (BN-PBB) (Kini/Now: GPS-PBB) Undi diperoleh/Votes polled: 4,531 Majoriti/Majority: 2,742


N65: BELAGA: SARAWAK: 8,003   
1. DATUK LIWAN LAGANG   (GPS-PRS) 3,552   

2. Henry Usat Bit                     (PSB) 1,307

3. John Bampa                        (PBK) 97   

4. Siki Balarik                           (Bebas/IND) 81         

Jumlah undi/Votes Cast 5,096   

Peratus/Percentage 63.7 % Undi ditolak/Rejected ballots 40  

Kertas undi tidak dikembalikan/Unreturned ballot paper/s 19   

Majoriti/Majority 2,245     

Penyandang/Incumbent: Datuk Liwan Lagang (BN-PRS) (Kini/Now: GPS-PRS)

Undi diperoleh/Votes polled: 4,149 Majoriti/Majority:  3,686

(Keputusan kerusi lain menyusul)

BERNAMA


utusanborneo.com.my/2021/12/18





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-12-2021 08:16 PM | Show all posts


Baru Bian menang di Ba'Kelalan

LAWAS: Calon Parti Sarawak Bersatu (PSB) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ba'Kelalan Baru Bian (gambar) berjaya mengekalkan kemenangannya apabila diumumkan memenangi Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 (PRN12) DUN itu selepas menewaskan empat pencabar lain.

Pengumuman itu dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Ba'Kelalan Joseph Ganang Surang di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Pejabat Daerah Lawas di sini.

Baru berjaya mempertahankan kerusi setelah menewaskan empat calon lain dengan majoriti 680 undi.

Baru yang juga penyandang kerusi tersebut memperolehi 2,687 undi menewaskan calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Sam Laya yang mendapat 2,007 undi, calon Parti Bumi Kenyalang (PBK) Peter Asut (110), calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Martin Labo (57), dan calon Bebas Agnes Padan (55).

Pengumuman yang dibuat kira-kira jam 7 malam itu membolehkan hasrat Baru untuk meneruskan perjuangannya sebelum ini kepada rakyat di kawasan itu terlaksana.

Semua pusat mengundi ditutup pada jam 3 petang dan ada pusat mengundi yang tutup seawal jam 11 pagi, jumlah peratusan yang keluar mengundi adalah 58.85 peratus, daripada jumlah itu sebanyak 62 undi telah ditolak.

Mengikut daftar pemilih yang didaftarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), seramai 8,503 pemilih layak mengundi pada PRN12 bagi DUN Ba'Kelalan.

Sebanyak 29 saluran mengundi dibuka di DUN Ba'Kelalan melibatkan bangunan sekolah, dewan masyarakat dan pusat latihan.

Pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN11), Baru memperoleh majoriti 538 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Willie Liau.


utusanborneo.com.my/2021/12/18

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2021 08:19 PM | Show all posts
Edited by Vellfire at 18-12-2021 12:24 PM



Wilson diumum sebagai ADUN Pelagus penggal kedua, hari ini.

Wilson Nyabong kekal di Dun Pelagus

PELAGUS: Penyandang GPS Pelagus Wilson Nyabong Ijang diumum sebagai ADUN Pelagus untuk penggal kedua selepas memperoleh 2,843 undi.

Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) DUN Pelagus, Kelimbik Sibat mengumumkan kemenangan Wilson pada 7 malam setelah mendapat 1,049 undi.

Calon PSB Datuk Kristoffer Nyuak Bajuk memperoleh 1,794 undi, diikuti DAP Solomon Kumbong (250), PBK Nyambong Sibat (88) dan PBDSB Moses Ripai (76).

Jumlah peratusan keluar mengundi ialah 65.28 peratus, manakala undi rosak sebanyak 89.


utusanborneo.com.my/2021/12/18

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2021 08:27 PM | Show all posts


RASMI: Julaihi menang majoriti 4,134 di Sebuyau

KUCHING: Keputusan rasmi menunjukkan GPS menang di kerusi DUN Sebuyau selepas calonnya Datuk Julaihi Narawi menewaskan calon Parti Bumi Kenyalang (PBK) Wan Chee Wan Mahjar dan Parti Amanah Negara (Amanah) Maxwell Rojis.

Keputusan menunjukkan Julaihi meraih kemenangan 4,937 undi dengan majoriti besar iaitu 4,134.
Calon PBK hanya meraih 486 undi, manakala Amanah 803 undi.


sarawakvoice.com/2021/12/18

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2021 08:36 PM | Show all posts


Royston sah jadi wakil rakyat baharu DUN Tellian

MUKAH: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tellian, Royston Valentine sah menjadi wakil rakyat di konstituensi tersebut apabila diumumkan menang dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN 12).

Kemenangan Roystom diumumkan secara rasmi oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Tellian Peleadzman Ahip sekiar jam 7.30 malam di Dewan Seri Pekala, Kuala Lama Mukah.

Keputusan rasmi jumlah undi adalah Mohamad Arwin Lim Abdullah daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendapat 287 undi sementara calon Parti Bumi Kenyalang (PBK) Zainuddin Budug mwndapat 174 undi.

Royston daripada GPS-PBB mendapat 4,282 undi dengan kemenangan majoriti undi sebanyak 2,917 undi.
Calon Parti Sarawak Bersatu (PSB) Sait Junaidi pula mendapat 1,365 undi.

Jumlah peratusan mengundi 61.69 pedatus bagi DUN Tellian di mana sebanuak 79 undi ditolak.
Turut hadir di Pusat Penjumlahan Undi adalah  mantan ADUN Tellian Yussibnoah Balo dan calon PKR Mohamad Arwin.


utusanborneo.com.my/2021/12/18

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2021 08:43 PM | Show all posts
Edited by Vellfire at 18-12-2021 12:45 PM



Gambar fail menunjukkan Abang Johari bersama pemimpin GPS lain ketika melancarkan manifesto, baru-baru ini.

PRN Sarawak: Keputusan tidak rasmi, GPS capai majoriti mudah bentuk kerajaan negeri


KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) secara tidak rasmi telah berjaya memenangi 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN12), jumlah kerusi minimum untuk membentuk kerajaan negeri.

Setakat pukul 7.35 malam tadi, 42 kerusi dimenangi pakatan itu termasuklah di kerusi DUN Gedong yang ditandingi Ketua Menteri yang juga Pengerusi GPS Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Kedua-dua Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Douglas Uggah Embas turut memenangi kerusi mereka di Bukit Sari dan Bukit Saban.

Penyandang bagi kerusi DUN Pantai Damai Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi dan DUN Samariang Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali; berjaya mengekalkan kerusi masing-masing.

GPS terdiri daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).

PRN Sarawak kali ini menyaksikan 13 pertandingan tiga penjuru, 33 empat penjuru, 24 lima penjuru, tujuh pertembungan enam penjuru, satu persaingan lapan penjuru dan empat satu lawan satu.

GPS meletakkan 82 calon diikuti Parti Bumi Kenyalang (PBK) (73), Parti Sarawak Bersatu (PSB) (70), Parti Keadilan Rakyat (PKR) (28), DAP (26), Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi) (15), Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) (11), Parti Amanah Negara (Amanah) (lapan), Parti Sedar Rakyat Sarawak (Sedar) (lima) dan PAS (1).

Tiga puluh calon Bebas turut bertanding pada PRN ini. - BERNAMA


utusanborneo.com.my/2021/12/18


Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-12-2021 09:01 PM | Show all posts


Rakyat kini bijak dan matang memilih calon sesuai untuk teruskan pembangunanASAJAYA: Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah (gambar) menyifatkan pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asajaya bijak dan matang memilih calon yang sesuai untuk berada di kerusi itu pada hari mengundi yang diadakan hari ini.

Katanya, kemenangan beliau di DUN Asajaya membuktikan bahawa rakyat faham akan perancangan kerajaan untuk membangunkan kawasan itu secara berterusan.

“Oleh sebab itu rakyat memberi sokongan yang membanggakan kepada saya supaya agenda pembangunan yang diatur sepanjang masa itu diteruskan khasnya DUN Asajaya.

“Sehubungan itu, terima kasih kepada penyokong yang memberi sokongan dan tidak lupa kepada semua petugas yang melancarkan Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) yang diadakan hari ini,” katanya ketika ditemui media di pusat penjumlahan undi DUN Asajaya iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Asajaya 2, di sini petang tadi.

Sementara itu, Abdul Karim menambah bahawa rakyat Sarawak juga menolak parti dari Semenanjung Malaysia kerana mereka hanya mahu parti Sarawak sahaja terlibat dalam PRN12.

“Kita semua dapat lihat mereka (pembangkang) iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) turut bertungkus-lumus berkempen untuk memenangkan parti mereka. Bagaimanapun, rakyat di sini (Asajaya) faham dan matang bahawa mereka tidak mahu parti dari Semenanjung bertapak di Sarawak,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau juga menasihatkan supaya parti yang tewas agar menghormati keputusan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung keputusan PRN12.

“Saya juga berharap agar mereka yang tidak menyokong saya itu turut memberi kerjasama yang baik dalam membangunkan Sarawak. Saya tidak melihat mereka yang menyokong pembangkang ini bukan orang saya, tetapi semua orang di DUN Asajaya ialah orang saya,” ujarnya.


utusanborneo.com.my/2021/12/18

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2021 10:02 PM | Show all posts
Edited by Vellfire at 18-12-2021 02:05 PM



Padungan kekal milik DAP dengan kemenangan Chong

Chong bersama isteri Grace Tan meraikan kemenangan di N.9 Padungan dengan 1,198 undi majoriti.

KUCHING: Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen menang Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 (PRN12) bagi kerusi N.9 Padungan dengan majoriti 1,198 undi.

Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak memperolehi 4,686 undi menewaskan tiga pencabar lain.

Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Dato Wee Hong Seng gagal merampas kerusi itu dengan memperolehi hanya 3,488 undi.

Manakala dua lagi calon Raymond Thong dari Parti Bumi Kenyalang (PBK) memperolehi 930 undi dan Lina Soo yang mewakili Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (ASPIRASI) memperolehi 193 undi.

Chong ketika ditemui berkata berterima kasih kepada pengundi khususnya di Padungan kerana memberi kemenangan kepadanya di Padungan.

Meskipun Datuk Bandar adalah lawannya dalam PRN ini, beliau akan cuba terbaik untuk bekerjasama dengan Datuk Bandar untuk berkhidmat kepada rakyat di Padungan.

Wee ketika ditemui berkata beliau mengucapkan tahniah kepada calon yang menang dan berharap akan berkhidmat dengan baik kepada rakyat di Padungan.

"Kita hormati keputusan rakyat dan saya berterima kasih kepada semua petugas terutama jentera saya atas kerja keras selama 12 hari berkempen," katanya.
Wee yang juga Datuk Bandar Kuching Selatan dalam pada itu akan meneruskan tugasnya sebagai Datuk Bandar seperti biasa.

Beliau katanya juga sedia dan terbuka berkerjasama dengan wakil rakyat yang dipilih demi kepentingan warga Padungan yang juga di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS).  

Dalam pada itu seramai 9,297 pemilih keluar mengundi bagi N.9 Padungan dengan peratusan keluar mengundi  44.76 peratus.


utusanborneo.com.my/2021/12/18

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-12-2021 10:20 PM | Show all posts
Edited by Vellfire at 18-12-2021 02:24 PM



Tiong (tengah) meraikan kemenangannya di kerusi DUN Dudong.

Selepas menang, Tiong seru kerjasama demi pembangunan Dudong

SIBU: Datuk Seri Tiong King Sing menggesa penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Dudong agar bekerjasama dengannya susulan kemenangannya pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN12).

Beliau berkata, dia amat memerlukan kerjasama penduduk Dudong untuk membangunkannya selepas ini.

"Saya menggesa penduduk Dudong supaya bekerjasama dengan kami dalam masa terdekat ini.

"Kita tengok macam mana nak naiktaraf kawasan Dudong ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas diumumkan sebagai ADUN Dudong oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya N.52 Dudong Abdul Razak Awang Bini di Perpustakaan Awam Majlis Daerah Luar Bandar Sibu, sebentar tadi.

Justeru, beliau mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pengundi di DUN Dudong kerana memberi peluang kepada GPS kali ini.  

Ini terutamanya, katanya, ialah mereka yang berada di perantauan yang balik untuk mengundi pada PRN12 ini.

"Saya menyifatkan kemenangan ini adalah untuk semua penduduk Dudong. Saya akan memastikan semua rakyat sentiasa dijaga," jelas Presiden Parti Progresif Demokratik (PDP) itu.

Beliau turut memberitahu bahawa pengundi muda kali ini telah banyak mengundi GPS yang menjadi faktor kemenangannya di Dudong.


utusanborneo.com.my/2021/12/18

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2021 10:29 PM | Show all posts
Edited by Vellfire at 18-12-2021 02:32 PM



Dr Low (kiri) mengucapkan tahniah kepada Tiang selepas pengisytiharan keputusan pilihan raya DUN Pelawan.

Selepas menang di Pelawan, Tiang tekad kerja gigih


SIBU: Kemenangan merampas kembali kerusi DUN Pelawan dengan menang majoriti tipis 100 undi memberi mesej jelas kepada calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Michael Tiang Ming Tee untuk rendah diri, bekerja keras dan menunaikan janji manifesto kempen kepada pengundi DUN Pelawan.


Kemenangan Tiang diumumkan secara rasmi oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Pelawan Teng Ming Min pada jam 8.24 malam di Dewan Mill De Lasale, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sacred Heart.

"Terima kasih kepada para pengundi DUN Pelawan atas kepercayaan mengundi dan beri mandat kepada saya untuk menjadi wakil rakyat.

Saya berjanji akan menunaikan enam pelan dalam manifesto yang dilancarkan pada kempen saya.

"Menang majoriti tipis ini juga memberi mesej jelas kepada saya untuk rendah diri, bekerja keras dan menunaikan janji kempen kepada pengundi DUN Pelawan," jelasnya ketika ditemui pemberita sejurus selepas pengumuman keputusan sebentar tadi.


Ketika diminta mengulas jika calon Parti Tindakan Demokratik (DAP) David Wong Kee Woan hendak membuat pengiraan semula undi, Tiang memberitahu beliau tidak membantah kerana mereka juga ada hak untuk berbuat demikian.   

"Pengiraan semula undi adalah proses yang tepat, saya tidak membantah kerana mereka ada hak untuk berbuat demikian," ujarnya.

Tiang juga berterima kasih kepada pasukan kempennya atas dedikasi mereka membantu GPS memenangi kerusi DUN Pelawan.

"Terima kasih kepada jawatankuasa pilihan raya DUN Pelawan, pegawai-pegawai dan para petugas barisan hadapan untuk memastikan proses pilihan raya berjalan lancar dengan adil dan terus," katanya.

Pada PRN Sarawak kali ini, DUN Pelawan yang mempunyai 34,466 pemilih berdaftar menyaksikan pertembungan lima penjuru.

Tiang (GPS) memperoleh 4,413 undi menewaskan calon DAP David Wong Kee Woan (4,313), PSB Dr Low Chong Nguan (3,757), PBK Tiew Yen Houng (3,146) dan ASPIRASI Janet Loh (302).   

Jumlah peratusan pengundian berbanding jumlah pemilih ialah 47.30 peratus, manakala undi yang ditolak sebanyak 108.

Turut hadir di Pusat Penjumlah Undi bagi mendengar keputusan yang diumumkan ialah Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Pelawan Clarence Ting yang juga Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS) dan calon PSB Dr Low Chong Nguan.


utusanborneo.com.my/2021/12/18

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2021 10:39 PM | Show all posts
PRN Sarawak: Abang Jo berangkat ke Astana Negeri, angkat sumpah Ketua Menteri malam ini

KUCHING: Pengerusi Gabungan Parti Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg bergerak ke Astana Negeri bagi upacara mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak.
Selepas membuat ucapan sempena kemenangan mudah 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Abang Johari sempat memberi ucapan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Dengan berbaju Melayu hitam lengkap bersongkok dan songket, Abang Johari dilihat meninggalkan BCCK pada pukul 9.20 malam.
Abang Johari angkat mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Ini merupakan penggal kedua Abang Johari memegang jawatan nombor satu Sarawak selepas kematian Allahyarham Tan Sri Adenan Satem pada 2017.  


https://www.google.com/amp/s/www.astroawani.com/berita-politik/prn-sarawak-abang-jo-berangkat-ke-astana-negeri-angkat-sumpah-ketua-menteri-malam-ini-337112%3famp=1
  






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2021 10:44 PM | Show all posts
Edited by Vellfire at 18-12-2021 02:58 PM



Layari : https://pru.astroawani.com/prnsarawak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2021 11:04 PM | Show all posts
Edited by Vellfire at 18-12-2021 03:06 PM



Abang Johari meraikan kemenangan GPS pada majlis mendengar keputusan PRN12 di Kuching, malam ini. - Gambar Chimon upon

Abang Johari sifatkan kemenangan rakyat Sarawak

KUCHING: Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata kemenangan besar parti pimpinannya pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 (PRN12) adalah kemenangan rakyat, khususnya dalam meletakkan Sarawak sebagai negeri sama rata iaitu rakan kongsi wilayah dalam Malaysia.

“Tahniah kepada kepimpinan GPS yang telah bekerja keras dan memberi kerja sama yang erat untuk kemenangan besar ini. Kemenangan besar ini adalah kemenangan rakyat, di mana rakyat memberi mandat kepada kita, ‘Sarawak diutamakan’,” katanya.

Abang Johari berkata kemenangan besar GPS itu menunjukkan rakyat memberi isyarat kestabilan politik pentiung bagi meneruskan usaha pembangunan di Bumi Kenyalang, katanya ketika berucap pada majlis mendengar keputusan PRN12 di sini malam ini.

Beliau berkata mandat diberikan itu memberi kuasa kepada GPS untuk meneruskan pembangunan ekonomi yang mampan juga dasar sosial yang mengutamakan rakyat.

“Ketiga ia memberi syarat betapa pentingnya keterangkuman semua kaum dalam pembangunan negeri menjadi negeri berpendapatan tinggi menjelang 2030 tanpa mengira perbezaan etnik dan agama.   “Justeru saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada rakyat Sarawak kerana memberi keyakinan kepada GPS untuk memerintah Sarawak ke arah lebih cemerlang,” katanya.

Abang Johari juga berterima kasih kepada agensi keselamatan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta agensi-agensi lain yang terlibat memastikan PRN12 berjalan dengan tenang serta keadaan baik.

“Akhir sekali marilah kita bersama-sama meneruskan usaha dalam menjalankan tanggungjawab dan janji seperti di dalam manifesto PRN ini. Sama-sama kita membangunkan negeri ini sebagai negeri berpendapatan tinggi menjelang 2030.

"Terima kasih sekali lagi kepada pengundi dan seluruh jentera parti. Taniah atas kejayaa kita ini,” tambahnya.


utusanborneo.com.my/2021/12/18

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2021 11:15 PM | Show all posts



Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2021 11:27 PM | Show all posts
Keputusan Rasmi PRN Sarawak ke-12


N01: OPAR: SARAWAK: 11,436

1. Bayang Teron (SEDAR) 160  
2. BILLY SUJANG (GPS-SUPP) 3,659
3. Datuk Ranum Mina (PSB) 1,970  
4.  Meneng Biris (PKR) 327  
5. Freedy Misid (PBK) 1,487  
6. Saini Kakong (PBDSB) 220




N54: PELAWAN: SARAWAK: 34,466

1. Tiew Yen Houng (PBK) 3,146  
2. Wong Kee Woan (DAP) 4,313
3. MICHAEL TIANG MING TEE (GPS-SUPP) 4,413  
4. Loh Wui Ping (Aspirasi) 302  
5. Low Chong Nguan (PSB) 3,757




N64: BALEH:

1. NICHOLAS KUDI JANTAI MASING (GPS-PRS) 3,541  
2. Kenneth Usang George Lagong (DAP) 470
3. Irwan Iskandar Sukarno Abdullah (PBK) 82  
4. Koh Kumbong (PSB) 1,632








Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2021 11:38 PM | Show all posts
N09: PADUNGAN: SARAWAK: 20,949

1. Raymond Thong Ee Yu       (PBK) 930  
2. CHONG CHIENG JEN        (DAP) 4,686  
3. Soo Lina                              (Aspirasi) 193
4. Datuk Wee Hong Seng       (GPS-SUPP) 3,488  




KUCHING (Dec 18): Kuching South Mayor Datuk Wee Hong Seng has been denied entry into the Dewan Undangan Negeri (DUN) in his election debut after Sarawak DAP chairman Chong Chieng Jen won the race for Padungan with a comfortable majority.

Wee received 3,488 votes to lose by a margin of 1,198 after Chong secured 4,686 votes.


The other contenders Raymond Thong of Parti Bumi Kenyalang and Lina Soo of Parti Aspirasi Rakyat Sarawak lost their deposit after receiving 930 and 193 votes respectively.

Padungan was previously represented by DAP’s Wong King Wei. Citing disagreements with the party’s leadership, Wong had quit DAP last year and this had compelled Chong to shift from Kota Sentosa to the seat.

Chong is also the Stampin Member of Parliament.

Wee hit an unexpected wall on the campaign trail when SUPP Kuching branch dissolved its election machinery as the mayor was not their chosen candidate.

SUPP president Dato Sri Dr Sim Kui Hian had brushed off the matter as “just a family quarrel” but it has cost Wee Padungan.
credit


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2021 07:13 AM | Show all posts
Keputusan kerusi DUN Mulu ditangguh

KUCHING: Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N78 Mulu terpaksa ditangguhkan atas faktor keselamatan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh, berkata masih terdapat dua peti undi yang belum diterima SPR selepas petugasnya terputus hubungan jalan darat dan tidak dapat menggunakan perkhidmatan helikopter atas faktor cuaca.

"Penangguhan keputusan N78 Mulu. SPR ingin memaklumkam bahawa keputusan bagi kerusi DUN terbabit tidak dapat diumumkan.

"Ini mengambil kira faktor keselamatan petugas SPR jika menaiki helikopter bagi membawa peti undi berkenaan kerana terputus hubungan menggunakan jalan darat," katanya pada sidang media malam ini.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2021 07:24 AM | Show all posts







Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2021 07:35 AM | Show all posts







Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2021 07:51 AM | Show all posts
Keputusan Rasmi! DUN N.65 Belaga
2 calon lain "Telah Hilang Deposit"



Keputusan Rasmi! DUN N.66 Murum
2 calon lain "Telah Hilang Deposit"



Keputusan Rasmi! DUN N.65 Belaga
2 calon lain "Telah Hilang Deposit"



Keputusan Rasmi! DUN N.64 Baleh
2 calon lain(DAP & PBK) "Telah Hilang Deposit"



Keputusan Rasmi! DUN N.61 Pelagus
3 calon lain(DAP ,PBK & PBDSB) "Telah Hilang Deposit"



Keputusan Rasmi! DUN N.63 Bukit Goram
4 calon lain(DAP,PSB,PBK & PBDSB) "Telah Hilang Deposit"






Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 08:05 AM GMT+8 , Processed in 0.104302 second(s), 40 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list