CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 489|Reply: 0

[Sabah] PVATM Tawau berjaya kumpul 150 pain darah

[Copy link]
Post time 18-12-2021 04:29 PM | Show all posts |Read mode


LAWAT: Nizam (kanan), Julaydi (kiri) semasa melawat program derma darah di 8 Rejimen Sempadan Kem Shan Shui.

TAWAU: Sebanyak 150 pain darah berjaya dikumpul dalam Program Marathon Derma Darah di 8 Rejimen Sempadan Shan Shui, di sini, semalam.

Program tersebut adalah anjuran Persatuan Veteren Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Cawangan Tawau yang mengabungkan empat batalion dan rejimen tentera.

Antaranya, 8 Rejimen Sempadan Kem Shan Shui, 13 Bridged Infantri Kem Cenderawasih Lahad Datu, Batalion Ke-26 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Kukusan dan Rejimen 516 Askar Wataniah Kem Kukusan.   

Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata program tersebut adalah usaha bagi membantu keperluan bekalan darah di daerah ini.

“Kita sedia maklum, bekalan darah di Tabung Darah Hospital Besar Tawau semakin bekurangan berikutan kegunaannya hampir setiap hari daripada pesakit yang memerlukan.

“Justeru, saya melihat program sebegini dapat membantu mengumpulkan bekalan darah yang sangat diperlukan di Hospital Besar Tawau,” katanya semasa merasmikan program tersebut, di sini.

Nizam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas berharap lebih ramai pihak tampil menganjurkan program sebegini.

“Program ini sangat dialu-alukan daripada agensi kerajaan ataupun badan bukan kerajaan (NGO) kerana setiap sumbangan darah tersebut dapat menyelamatkan nyawa ramai pesakit.

“Saya melihat sambutan program ini dapat menjadi contoh daripada agensi kerajaan yang lain dalam menangani kekurangan bekalan darah tersebut,” katanya.

Sementara itu, Ketua PVATM Cawangan Tawau Julaydi Mattuju berkata program tersebut adalah aktiviti yang telah dirancang dalam tahun ini.

“Umum sedia maklum mengenai masalah kekurangan bekalan darah yang berlaku di Tabung Darah Hospital Besar Tawau terutamanya sejak pandemik COVID-19 melanda.

“Oleh itu, buat julung kalinya PVATM Cawangan Tawau menerusi Beliawira menganjurkan program derma darah bertempat di 8 Rejimen Sempadan Kem Shan Shui,” katanya.

Julaydi berkata, pihaknya menjangkakan lebih 100 pain darah dapat dikumpulkan dalam program yang dianjurkan selama sehari.

“Bagaimanapun, kemungkinan jumlah itu melebihi daripada sasaran memandangkan program ini mendapat kerjasama daripada empat kem tentera sekitar Tawau dan Lahad Datu.

“PVATM Cawangan Tawau bercadang untuk menganjurkan program sebegini setiap enam bulan termasuk membabitkan komuniti di kawasan kediaman,” katanya.


utusanborneo.com.my/2021/12/18

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 11:29 PM GMT+8 , Processed in 0.075528 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list